Majlis Perasmian Program Kembara Amal Madani Jiwa Malaysia

Mengambil inisiatif proaktif dalam usaha mengumpulkan dana untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik, Datuk Syaiful Bahrim, atau lebih dikenali sebagai DJ Pool, mempersembahkan program muzikal yang menginspirasi, iaitu ‘Kembara Showcase Amal Madani Jiwa Malaysia’. Setiap hari, penggiat muzik berbakat akan menampilkan kebolehan mereka di pelbagai lokasi tumpuan, mencipta pengalaman muzikal yang memukau untuk tujuan amal yang mulia.

Program ini mula di aktifkan pada tahun 2006 ketika Beliau masih Bersama Klfm dengan program yang dinamakan DARI KUALA LUMPUR KE GAZA.

Sehingga sekarang Beliau mengujudkan pula program ini dengan Skala yang lebih Proaktif,di bawah Pertubuhan Persahabatan Pengiat Seni selangor atau PERSIS.

Program ini juga Turut didokong oleh pengerusi PERSIS Tuan Raimie dan Majlis Penasihat PERSIS Tuan Hj Halim Bin Redzuan.

Program ini juga menerima sokongan yang baik dari jabatan Perdana Menteri yang bersetuju untuk diperluaskan lagi program ini ke seluruh Malaysia dengan Tajuk KEMBARA SHOWCASE AMAL MADANI JIWA MALAYSIA yang mana pada Tarikh 16/1/2024 Yang lalu program KEMBARA ini telah diadakan di sebuah Restoran Tumpuan RESTORAN SUP DAN AYAM KAMPUNG BERAPI MERU.Program AMAL yang turut di hadiri oleh Artis2 popular Tanah air Dan Dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Mariam Binti Abdul Rashid Wakil Rakyat  N42 MERU.

Program Amal ini turut dibarisi oleh Pengiat-Pengiat Muzik berbakat yang beraksi setiap Hari di venue-venue Tumpuan antaranya Pasaraya NSK, Super7 juga food stations Seperti SAFA FOOD HUB ANTARABANGSA, MERU PORT, CAFÉ WONG JOWO, D. LERENG CAFÉ DLL.

Tahun 2024 misi mereka adalah merancang memperluaskan program Amal ini keseluruh Malaysia bermula di selatan Tanah air pada 26/1/2024 dan seterusnya ke negeri2 Lain termasuk Sabah dan Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *