Vivo Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya, vivo V80, yang ditawarkan pada harga bermula RM2,399 dengan gabungan kehebatan pengimejan potret ZEISS bertaraf flagship, reka bentuk mewah Starwish Purple serta bateri berkapasiti gergasi 7,200mAh. Bagi meraikan pelancaran ini, vivo turut menjalin kerjasama bersama Immersify untuk menterjemahkan keindahan rona Starwish Purple menerusi pengalaman visual imersif 360 darjah yang menghidupkan semangat “Shine As We Are”.
Menjadi taruhan utama peranti ini ialah sistem Kamera Super Telefoto ZEISS 50MP dengan zum optik 3x dan sensor Sony IMX882 yang menyokong ciri ZEISS 100mm dan 85mm Center-Stage Portrait untuk hasil bokeh sinematik. Keupayaan fotografinya turut diperkukuh oleh Kamera Utama ZEISS OIS 50MP bersensor Sony LYTIA 700V serta Kamera Selfie Berkumpulan ZEISS 50MP, di samping sokongan rakaman video 4K 60fps pada kedua-dua kamera hadapan dan belakang. vivo V80 juga memperkenalkan pelbagai ciri suntingan pintar seperti AI Best Face, AI Creative Camera, dan AI Retouch, manakala pelantikan anggota kumpulan K-pop ENHYPEN iaitu JUNGWON, JAKE dan SUNGHOON sebagai vivo Friends menyerlahkan lagi daya tarikan gaya hidup peranti ini kepada generasi muda.

Dari segi rekaan dan ketahanan, vivo V80 menampilkan binaan Flagship One-Piece Cold-Carved Glass dengan kemasan Laser Holographic Lithography yang mengukir 3,600 imej 4K bagi menghasilkan efek tiga dimensi pada varian Starwish Purple, selain pilihan warna Wander Green dan Vast Gray. Peranti ini dibina menggunakan bingkai logam gred aeroangkasa serta kaca tahan hentakan SCHOTT yang diiktiraf menerusi pensijilan tahan lasak Swiss SGS, di samping penarafan kalis air dan habuk IP68 dan IP69.
Untuk prestasi dalaman, vivo V80 dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 7 yang digandingkan dengan paparan 1.5K 144Hz berkeupayaan kecerahan puncak 5,000 nits. Ketahanan penggunaannya pula dijamin oleh Bateri BlueVolt 7,200mAh dengan pengecasan pantas 90W FlashCharge yang mampu mengecas sehingga 50 peratus dalam masa 30 minit. Melengkapkan pengalaman harian ialah sistem operasi OriginOS 7 yang menawarkan jaminan kelancaran 72 bulan, ciri produktiviti seperti Snap Note dan AI Recorder, serta keserasian sambungan merentas peranti termasuk ekosistem Apple melalui vivo Office Kit.
Vivo V80 kini sedia untuk diprapesan di Malaysia pada harga bermula RM2,399 bersama tawaran eksklusif prapesanan bernilai sehingga RM2,042 menerusi saluran rasmi vivo Malaysia.














