Taktik penipuan telefon terbaharu yang dikenali sebagai panggilan senyap kini semakin membimbangkan orang ramai. Dalam modus operandi ini, penjenayah memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meniru suara individu tertentu, seterusnya menyamar sebagai kenalan mangsa bagi memperdaya mereka memindahkan wang. Pihak polis turut mengeluarkan amaran agar orang ramai sentiasa berwaspada sekiranya menerima panggilan yang mendiamkan diri selama beberapa saat sebelum suara kedengaran.
Susulan perkongsian pengalaman ramai individu di media sosial, HONOR memperkukuh teknologi anti-penipuan pada HONOR Magic8 Pro dengan memperkenalkan ciri baharu Pengesanan Pengklonan Suara AI yang berupaya mengesan suara yang dijana menggunakan teknologi AI. Ciri inovatif ini dijadualkan untuk diperkenalkan melalui kemas kini perisian pada penghujung Disember 2025.
Pengesanan Pengklonan Suara AI merupakan lapisan keselamatan tambahan yang melengkapi ciri Pengesanan Deepfake AI sedia ada pada HONOR Magic8 Pro. Teknologi ini berfungsi dengan menganalisis panggilan suara untuk mengenal pasti sebarang elemen yang menunjukkan suara telah diklon atau digabungkan secara digital. Sekiranya kejanggalan dikesan, pengguna akan menerima makluman segera yang memaparkan amaran risiko bagi membolehkan tindakan pencegahan diambil.
Keperluan terhadap perlindungan sedemikian semakin kritikal. Laporan The Rakyat Post mendedahkan seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM5,000 selepas menjadi mangsa penipuan menggunakan klon suara majikannya. Dalam laporan berasingan oleh Malay Mail pula, seorang ejen pelancongan dilaporkan kehilangan RM49,800 selepas menerima panggilan yang kedengaran seolah-olah daripada rakan mangsa sendiri.
Selain itu, HONOR Magic8 Pro turut dilengkapi dengan ciri Pengesanan Nombor Penipuan AI yang menyemak panggilan masuk berdasarkan pangkalan data nombor penipuan yang telah dikenal pasti. Sistem ini akan memberi amaran kepada pengguna sekiranya sesuatu nombor ditandakan sebagai mencurigakan, sekali gus membantu mengenal pasti cubaan penipuan sebelum panggilan dijawab dan menggalakkan tabiat komunikasi yang lebih selamat.
Dalam aspek keselamatan panggilan video pula, ciri Pengesanan Deepfake AI pada HONOR Magic8 Pro telah dipertingkatkan bagi memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh. Teknologi ini kini mampu mengimbas sehingga lapan wajah serentak dalam satu sesi panggilan video untuk mengesan sebarang manipulasi wajah secara digital.
Menurut laporan Malay Mail, pihak polis telah menyiasat sebanyak 454 kes penipuan yang melibatkan teknologi deepfake dengan jumlah kerugian mencecah RM2.72 juta pada tahun lalu. Dengan kehadiran ciri pengesanan anti-penipuan berasaskan AI yang canggih ini, HONOR Magic8 Pro berpotensi besar dalam membantu mengekang jenayah penipuan digital di seluruh negara.
Komitmen HONOR dalam mengintegrasikan privasi dan keselamatan ke dalam peranti harian turut menerima pengiktirafan di peringkat global. Teknologi pengesanan deepfake terbina dalam telefon pintar HONOR telah dianugerahkan TIME Best Inventions 2025 dalam kategori Privasi dan Keselamatan. Pengiktirafan ini membuktikan peranan HONOR sebagai peneraju inovasi AI yang bertanggungjawab, sekali gus memastikan pengguna sentiasa dilindungi dan selangkah di hadapan penjenayah siber.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.
HONOR merupakan sebuah syarikat ekosistem peranti AI terkemuka di peringkat global yang komited untuk merevolusikan interaksi antara manusia dan peranti. Dengan matlamat merapatkan ekosistem AI kepada semua pengguna dalam era ejen AI, HONOR berusaha membuka sempadan industri melalui kerjasama yang terbuka dan lancar bersama rakan industri. Menerusi portfolio produk inovatif berasaskan AI yang merangkumi telefon pintar, PC, tablet, peranti boleh pakai dan pelbagai lagi, HONOR berhasrat untuk memperkasakan setiap individu dalam menerokai dunia pintar yang baharu.