Penipuan Panggilan Senyap Kian Berleluasa, HONOR Magic8 Pro Perkenal Pengesanan Klon Suara AI
Taktik penipuan telefon terbaharu yang dikenali sebagai panggilan senyap kini semakin membimbangkan orang ramai. Dalam modus operandi ini, penjenayah memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meniru suara individu tertentu, seterusnya menyamar sebagai kenalan mangsa bagi memperdaya mereka memindahkan wang. Pihak polis turut mengeluarkan amaran agar orang ramai sentiasa berwaspada sekiranya menerima panggilan yang mendiamkan diri…