Perubahan dan Pelantikan Terkini dalam Perkhidmatan Awam oleh KSN – 2024

PERKHIDMATAN AWAM

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan perubahan besar dalam penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan tertinggi perkhidmatan awam.

Langkah ini melibatkan sembilan ketua setiausaha (KSU), seorang timbalan ketua setiausaha kanan, serta dua ketua pengarah, yang akan berkuat kuasa mulai 23 September ini.

Menurut Shamsul Azri, perubahan tersebut selari dengan aspirasi kerajaan untuk mereformasikan perkhidmatan awam, yang kini memerlukan kepantasan, ketangkasan, dan dinamik dalam kepimpinan tertinggi sektor perkhidmatan awam, demi menghadapi cabaran era baharu.

Beliau juga menegaskan bahawa usaha ini mencerminkan sinergi dan kerjasama yang kukuh antara agensi-agensi kerajaan, serta mengukuhkan prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, dalam usaha merealisasikan visi Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri.

Berikut adalah senarai yang diumumkan:

  1. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.
  2. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak.
  3. Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.
  4. Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Suriani Ahmad.
  5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Ruji Ubi.
  6. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Azman Mohd Yusoff.
  7. Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
  8. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Nik Jeman.
  9. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Shukor Mahmood.
  10. Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi.
  11. Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Azman Ibrahim.
  12. Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Muhammad Razman Abu Samah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *