Eco-Shop Bawa Pemenang Kempen Saksikan Sepanyol Julang Trofi FIFA World Cup 2026™

The current image has no alternative text. The file name is: IMAGE-2-1-scaled.jpeg

Apa yang bermula sebagai kunjungan membeli-belah biasa bertukar menjadi pengalaman luar biasa buat Lew Yoong Kint apabila beliau berpeluang menyaksikan sendiri Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 menerusi masa tambahan dalam perlawanan Akhir FIFA World Cup 2026™ di MetLife Stadium, New Jersey pada 19 Julai lalu.

Lew menyaksikan detik bersejarah itu secara langsung dari tempat duduk penonton selepas muncul sebagai pemenang hadiah utama kempen “Kita Punya Impian, Dari Sorakan Jadi Pemenang!” anjuran Eco-Shop. Bersama isterinya, beliau diterbangkan ke Amerika Syarikat menerusi pakej percutian yang ditaja sepenuhnya oleh Eco-Shop hasil penyertaannya dalam kempen tersebut.

Menurut Lew, minatnya terhadap bola sepak banyak dipengaruhi oleh bapanya, selain sokongan yang tidak pernah berbelah bahagi terhadap pasukan Sepanyol sejak kecil. Beliau menyifatkan peluang menyaksikan pasukan kegemarannya menjulang trofi dunia secara langsung sebagai pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Kempen “Kita Punya Impian, Dari Sorakan Jadi Pemenang!” merupakan sebahagian daripada usaha Eco-Shop untuk menghargai pelanggan dengan menukar pembelian harian kepada pengalaman yang lebih bermakna.

Kempen yang berlangsung di 437 cawangan Eco-Shop di seluruh negara itu berjaya menarik sebanyak 177,634 penyertaan sah daripada ahli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM45 dalam satu resit menggunakan kad Visa.

Hadiah utama yang dianggarkan bernilai RM250,000 dan ditanggung sepenuhnya oleh Eco-Shop merangkumi Pakej Keraian Visa (Visa Hospitality Package) serta tiket penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke New York untuk Lew dan isterinya.

Selain hadiah utama, 10 finalis turut menerima pakej barangan eksklusif FIFA World Cup 2026™, manakala 100 pemenang hadiah saguhati membawa pulang baucar tunai Eco-Shop bernilai RM50.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng, berkata sambutan menggalakkan terhadap kempen tersebut membuktikan rakyat Malaysia menghargai ganjaran yang menawarkan pengalaman istimewa, bukan sekadar pembelian harian.

“Di Eco-Shop, kami percaya pengalaman bermakna mampu mencipta kenangan indah buat para pelanggan. Kami sangat gembira dapat membantu merealisasikan impian salah seorang pelanggan kami, sambil bersama-sama meraikan keriangan dan perpaduan yang dibawa oleh sukan bola sepak. Pengalaman ini terus membakar semangat kami untuk meneroka pelbagai inisiatif yang memberi lebih nilai dan detik bermakna pada masa akan datang,” katanya.

Berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan itu, Lew melahirkan rasa syukur atas peluang yang diberikan oleh Eco-Shop.

“Kami amat terhutang budi dan berterima kasih kepada Eco-Shop kerana merealisasikan pengalaman ini. Melihat Sepanyol menjulang trofi secara langsung dari tempat duduk penonton bukanlah sesuatu yang pernah saya bayangkan. Ini memang pengalaman sekali seumur hidup dan saya sangat bersyukur Eco-Shop memberi peluang ini kepada saya dan isteri,” katanya.

Jessica turut berkata, sempena ulang tahun ke-100 Piala Dunia FIFA yang bakal diraikan pada tahun 2030, Eco-Shop berhasrat untuk terus membawa lebih banyak pengalaman luar biasa kepada rakyat Malaysia.

“Ini barulah permulaan untuk kami membawa detik-detik hebat lebih dekat kepada rakyat Malaysia. Sambil melangkah ke edisi abad Piala Dunia FIFA 2030 dan seterusnya, Eco-Shop akan terus mencipta peluang-peluang sebegini kerana satu kunjungan membeli-belah pun mampu membawa anda ke destinasi yang luar biasa,” katanya.

Orang ramai boleh mengikuti Facebook, Instagram, TikTok dan Xiaohongshu rasmi Eco-Shop untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kempen serta pelbagai inisiatif menarik yang bakal dianjurkan.