NESCAFÉ Perkenal Spanish Latte dan Tiramisu Latte RTD Baharu di Malaysia

The current image has no alternative text. The file name is: number-2-scaled.jpg

NESCAFÉ Malaysia memperkenalkan rangkaian minuman kopi sedia-untuk-diminum (RTD) baharu menerusi kempen “Treat Yourself to More”, sekali gus menggalakkan rakyat Malaysia, khususnya golongan muda, meraikan setiap kejayaan kecil dalam kehidupan harian.

Kempen ini diinspirasikan daripada gaya hidup anak muda masa kini yang sentiasa sibuk mengejar pelbagai komitmen, sama ada di tempat kerja, dalam pengajian mahupun aktiviti harian. Bagi NESCAFÉ, setiap pencapaian kecil seperti menyiapkan tugasan, mengharungi hari yang mencabar atau melengkapkan sesi senaman adalah detik yang wajar diraikan.

Seiring dengan kempen tersebut, NESCAFÉ turut memperkenalkan dua perisa baharu yang diinspirasikan daripada minuman popular di kafe, iaitu NESCAFÉ Spanish Latte dan NESCAFÉ Tiramisu Latte.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Kopi Nestlé Malaysia, Norkhayati Mohamed Hashini, kopi pada hari ini bukan sekadar minuman untuk memberikan tenaga, malah menjadi sebahagian daripada gaya hidup ramai anak muda yang menjadikannya sebagai waktu untuk berehat, mengembalikan semangat atau memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas mencapai sesuatu.

Beliau berkata, menerusi kempen “Treat Yourself to More”, NESCAFÉ ingin menawarkan pengalaman menikmati kopi yang lebih mudah dan lazat, sekali gus menjadikan waktu rehat harian lebih bermakna.

NESCAFÉ Spanish Latte menawarkan rasa kopi yang seimbang dengan sentuhan manis dan berkrim, diinspirasikan daripada antara minuman kopi paling popular di kafe. Sementara itu, NESCAFÉ Tiramisu Latte menggabungkan rasa kopi dengan kemanisan berkrim dan sentuhan koko yang diilhamkan daripada pencuci mulut klasik tiramisu.

Kedua-dua pilihan ini sesuai dinikmati oleh penggemar kopi baharu mahupun mereka yang inginkan secawan kopi tambahan pada waktu petang. Minuman ini dibungkus dalam botol 280ml yang mudah dibawa ke mana-mana, diperbuat daripada 100 peratus bahan PET kitar semula dan mempunyai pensijilan Halal.

Bagi memeriahkan pelancaran kempen tersebut, NESCAFÉ telah menganjurkan sebuah acara khas di The Campus, Ampang yang berjaya menarik penyertaan lebih 1,800 pengunjung.

Pelbagai aktiviti interaktif disediakan sepanjang acara, termasuk reruai video Glambot yang membolehkan pengunjung merakam detik istimewa seperti seorang “watak utama”, selain stesen lakaran berasaskan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang menukarkan lukisan ringkas mengenai “Kejayaan Minggu Ini” kepada karya seni digital yang boleh dimuat turun dan dikongsi di media sosial.

Acara tersebut turut menampilkan kerjasama bersama jenama biskut popular Cookiecrumbs. Setiap pengunjung menerima kit “Treat Yourself to More” yang mengandungi sama ada NESCAFÉ Spanish Latte atau NESCAFÉ Tiramisu Latte bersama biskut Cookiecrumbs sebagai padanan yang sempurna.

Kerjasama itu diteruskan melalui promosi khas di semua cawangan Cookiecrumbs, di mana pelanggan yang berbelanja minimum RM25 akan menerima sebotol NESCAFÉ Spanish Latte atau NESCAFÉ Tiramisu Latte secara percuma sepanjang tempoh kempen, tertakluk kepada terma dan syarat.

Melalui pelancaran rangkaian RTD baharu ini, NESCAFÉ terus memperkukuhkan komitmennya dalam menawarkan inovasi yang memenuhi cita rasa pengguna moden, selain memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghargai dan meraikan setiap kejayaan kecil dalam kehidupan.

Rangkaian NESCAFÉ Spanish Latte dan NESCAFÉ Tiramisu Latte kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka di seluruh negara serta melalui platform e-dagang Shopee dan Lazada.