SME Malaysia Dapat Nafas Baharu Menerusi Kempen RM3 Juta oleh Astro BIZone

Astro melalui inisiatif BIZone, telah melancarkan kempen bantuan pemasaran bernilai RM3 juta khusus untuk outlet makanan dan minuman (F&B) serta perniagaan komersial dalam Industri Kecil Sederhana (IKS). Kempen ini bertujuan membantu outlet F&B menarik lebih ramai pelanggan melalui promosi ganjaran dan pemasaran yang lebih berkesan.

Sejak dilancarkan pada 2024, BIZone menunjukkan pertumbuhan luar biasa dengan peningkatan pelanggan sebanyak 34% setahun, jauh melebihi sasaran asal 5%. Kini, dengan potensi pasaran mencecah 14,000 outlet, BIZone terus menjadi pilihan ramai usahawan F&B di Malaysia.

Menurut Tan Sian Tuang, Ketua Bahagian Segmen Korporat dan Perkhidmatan Jalur Lebar Astro, kempen ini membantu perniagaan F&B memperkenalkan tawaran mereka melalui saluran promosi yang biasanya sukar dicapai oleh IKS seperti siaran TV, kolaborasi dengan selebriti, influencer, dan promosi radio.

Kempen ini berlangsung dari 7 April hingga 17 Oktober 2025, dan terbuka kepada semua outlet F&B yang mendaftar, memperbaharui atau menaik taraf langganan BIZone TV. Sebanyak 200 outlet akan dipilih secara bulanan untuk menerima sebahagian dari dana RM3 juta ini.

Antara bentuk bantuan pemasaran yang ditawarkan dalam kempen BIZone Rewards termasuk Pesta Menonton, di mana outlet F&B berpeluang menganjurkan tayangan siaran langsung sukan secara percuma untuk menarik lebih ramai pelanggan. Selain itu, terdapat juga Sesi Ramah Mesra bersama selebriti atau influencer terkenal yang mampu meningkatkan daya tarikan dan kehadiran pelanggan ke premis.

Outlet terpilih turut boleh menikmati Promosi Makanan melalui ulasan eksklusif oleh influencer makanan, membantu menaikkan imej kedai dalam kalangan pencinta makanan. Tambahan pula, kempen ini menyediakan Iklan Radio Astro bagi mempromosikan outlet kepada jutaan pendengar seluruh negara serta Liputan TV khas di program popular seperti Buletin Awani dan Borak SeeNi untuk meningkatkan keterlihatan jenama kepada khalayak lebih luas.

BIZone bukan sekadar penyedia hiburan ia merupakan alat pemasaran yang efektif bagi membantu perniagaan F&B meningkatkan pulangan pelanggan serta nilai jenama mereka. Dengan harga langganan yang berpatutan, setiap pelanggan BIZone turut menerima kit pemasaran, bahan promosi dan akses kepada siaran langsung acara sukan terkenal seperti Premier League, MotoGP, Liga Malaysia dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut atau penyertaan kempen, anda boleh melayari laman web rasmi di biz.astro.com.my/bizone-rewards, atau menghubungi pihak Astro melalui WhatsApp di +603 9544 7566. Anda juga boleh menghantar sebarang pertanyaan melalui emel di [email protected]. Jangan lepaskan peluang ini untuk memperkasa perniagaan F&B anda tarikh tutup penyertaan adalah 17 Oktober 2025. Rebutlah peluang untuk meningkatkan keterlihatan dan menarik lebih ramai pelanggan ke outlet anda!