Guru dari Ipoh Menangi TQ Wuling Bingo EV Menerusi Kempen Tonton Non Stop, On Top!

Seorang guru dari Ipoh, Perak berjaya membawa pulang sebuah TQ Wuling Bingo EV bernilai lebih RM67,000 selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah utama kedua dalam kempen Tonton Non Stop, On Top! anjuran TontonUp.

Pemenang bertuah, Ainon Mardziah Binti Elias, 55, tidak dapat hadir ke majlis penyerahan hadiah dan diwakili oleh anaknya, Nur Fathanatun Najwa Binti Badrul Hisham bersama suami yang menerima kenderaan tersebut bagi pihak beliau.

Setakat ini, dua buah kereta telah berjaya diserahkan kepada pemenang menerusi kempen ini, sekali gus membuktikan bahawa pelanggan TontonUp berpeluang membawa pulang hadiah utama hanya dengan mengumpul mata melalui tontonan kandungan terpilih di platform Tonton.

Kempen Tonton Non Stop, On Top! masih berlangsung sehingga 9 Ogos 2026, memberikan peluang kepada lebih ramai pelanggan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang masih ditawarkan.

Penyertaan adalah mudah. Peserta hanya perlu melanggan Tonton selama tiga atau 12 bulan, menonton kandungan terpilih untuk mengumpul mata, menghadiahkan langganan kepada ahli keluarga atau rakan bagi memperoleh mata tambahan, serta menikmati Turboost pada setiap hujung minggu untuk menggandakan mata yang dikumpulkan.

Semakin banyak kandungan ditonton, semakin besar peluang untuk membawa pulang hadiah lumayan.

Ketika ini, Lap 4 sedang berlangsung bermula 27 Julai hingga 9 Ogos 2026, menawarkan peluang terakhir kepada peserta untuk meningkatkan kutipan mata sebelum kempen berakhir.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini menerusi laman rasmi Tonton Non Stop, On Top!.