QewComm menganjurkan konset amalam “Qew Communication Sdn Bhd 10 Years Anniversary Gala Night X Charity Concert”

Qew Communications Sdn. Bhd (QewComm) akan menganjurkan acara amal bernama “Qew Communications Sdn Bhd 10 Years Anniversary Gala Night X Charity Concert”. Konsert amal ini dijalankan sempena ulang tahun ke-10 penubuhan QewComm, dengan wang tunai dikumpulkan dan disumbangkan kepada badan amal yang dipilih. Konsert luar biasa ini akan berlangsung pada 17 Mac 2023 di The Westin Hotel mulai jam 8 malam. hingga 11 malam.

Konsert ini bertujuan untuk mengumpulkan dana yang bakal disalurkan kepada badan kebajikan yang telah dipilih. Antara badan kebajikan tersebut seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PKNEM), dan Persatuan Karyawan Malaysia (Solidariti for Iskandar Spring) atau lebih dikenali sebagai Karyawan. Setiap badan kebajikan yang dipilih ini mempunyai satu agenda yang sama iaitu membantu golongan yang memerlukan, kata Datin Nor Rahizahwati.

Selain itu, QewComm juga menjanjikan gandingan artis yang mantap pada malam konsert tersebut. Antara artis undangan yang dijemput adalah Dato Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Dato Awie, Dayang Nurfaizah, dan Ella. Datin Nor Rahizahwati berkata, pasti ramai yang merindui gandingan Dato Khadijah dan Datuk Ramli untuk disatukan semula di atas satu pentas berprestij ini. Di samping itu, terdapat juga pemuzik yang mewakili ‘Solidariti for Iskandar Spring’ iaitu Syafiq Farhain, Ameng Spring, Umarul Iklim, dan Belle Fatah. Mereka semua akan diiringi oleh pemuzik professional tanahair iaitu Ritz Metalasia, Helmi, Ude Wahid, Ujang Exist, Robot dan lain-lain.

Di samping itu, pada malam tersebut juga beberapa VVIP, Menteri dan timbalan Menteri turut dijemput untuk menghadiri majlis ini, diantaranya ialah Dato Sri Hajjah Nancy Binti Haji Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil ( Menteri Komunikasi dan Digital), yb Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong (Timbalan Menteri Kewangan II). Sebahagian dari jemputan tersebut telahpun mengesahkan kehadiran mereka.

Akhir kata, QewComm berharap konsert ini bakal mendapat sambutan yang hangat. Hal ini dikatakan demikian kerana konsert yang dianjurkan ini merupakan satu konsert amal yang setiap pembeliannya akan disalurkan ke badan kebajikan yang telah dipilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *