Lebih 24,000 Pemilik Ford Ranger Generasi Baharu, Auto ConneXion Perkukuh Komuniti Ford Malaysia

Lebih 24,000 pemilik Ford Ranger Generasi Baharu di seluruh negara kini menjadi sebahagian daripada komuniti Ford yang semakin berkembang di Malaysia, mencerminkan keyakinan pelanggan terhadap trak pikap yang telah memenangi pelbagai anugerah itu.

Sime Darby Auto ConneXion-Ford, pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, terus mengukuhkan komitmennya kepada pemilik menerusi pelbagai aktiviti komuniti sempena bulan Merdeka.

Usaha tersebut merangkumi aktiviti interaktif bersama keluarga, acara gaya hidup eksklusif serta pengalaman pemanduan lasak yang direka khas untuk pemilik yang gemarkan pengembaraan.

Pada awal Ogos, acara sulung Ford Nation telah diadakan di Heritage Valley, Kuala Lumpur, dengan menghimpunkan peminat Ford dari seluruh negara.

Walaupun berdepan cuaca hujan, para pemilik Ford tetap hadir bersama insan tersayang untuk menikmati pelbagai aktiviti dan pengalaman. Acara tersebut turut menampilkan hidangan BBQ dan sajian tempatan serta persembahan muzik secara langsung oleh Muzza & the Velvettones dan Joy Victor.

Antara tarikan lain termasuk cabutan bertuah, pertandingan serta anugerah Ranger Berpenampilan Paling Bergaya dan Pemilik Ford Paling Lama.

Selain Ford Nation, Auto ConneXion-Ford turut meneruskan konsep ‘Live the Ranger Life’ menerusi program Ford Ranger Getaways yang berlangsung pada bulan ini.

Program tersebut menghimpunkan kumpulan eksklusif seramai 20 pemilik Ranger yang berkongsi minat terhadap aktiviti pengembaraan off-road.

Perjalanan bermula di Seremban sebelum peserta bergerak secara konvoi melalui laluan yang indah menuju ke tapak perkhemahan di StarFresh Agro Park, Negeri Sembilan.

Di lokasi tersebut, seorang jurulatih bertauliah membimbing para pemilik melalui kursus pemanduan off-road khusus. Peserta turut berpeluang menguji ciri bantuan pemandu serta kawalan off-road kenderaan masing-masing.

Program berkenaan turut menguji semangat kerja berpasukan dan ketepatan peserta menerusi pelbagai cabaran serta permainan interaktif sebelum diakhiri dengan makan malam, hiburan secara langsung dan penyampaian hadiah.

Ford Ranger Getaways yang diadakan setiap suku tahun sejak dilancarkan pada 2022 terus menjadi antara aktiviti gaya hidup berasaskan pengalaman yang popular dalam kalangan pemilik Ford.

Ketua Pemasaran & Komunikasi Sime Darby Auto ConneXion, Noerel Ismail, berkata pencapaian komuniti Ford tersebut merupakan kejayaan yang dikongsi bersama para pelanggan.

Menurut beliau, keyakinan dan sokongan lebih 24,000 pelanggan yang memilih kenderaan Ford sejak pelancaran Ford Ranger Generasi Baharu pada 2022 telah membantu membentuk komuniti Ford yang kukuh dan semakin besar di Malaysia.

Auto ConneXion-Ford akan terus memberi tumpuan kepada pengalaman pemilikan yang bermakna, bukan sahaja melalui kenderaan tetapi juga menerusi usaha membina hubungan serta nilai berkekalan bersama pelanggan.

Selain aktiviti komuniti, Auto ConneXion-Ford turut memperkenalkan rangkaian Ranger yang lebih luas pada Julai 2026 bagi memenuhi keperluan gaya hidup dan pengalaman pemanduan pelanggan yang semakin pelbagai.

Pelanggan kini boleh memilih antara Ford Ranger Sport 2.0L dan 3.0L serta Ranger Platinum 3.0L. Barisan SUV Ford Everest turut merangkumi Everest Sport 2.0L dan Everest Platinum untuk pelanggan yang mahukan pengalaman pemanduan lebih mewah.

Sebagai SUV tujuh tempat duduk, Everest menawarkan ruang yang luas serta ciri praktikal untuk keluarga yang mengutamakan keselesaan dan fleksibiliti bagi perjalanan harian serta perjalanan lebih jauh.

Auto ConneXion-Ford turut meneruskan usaha meningkatkan pengalaman pemilikan melalui inisiatif selepas jualan. Pada Julai 2026, pengedar tersebut melancarkan Gudang Alat Ganti baharu di Kota Kinabalu bagi memudahkan pelanggan mendapatkan alat ganti serta membantu mengurangkan masa pusing ganti servis kenderaan.

Dengan sokongan 33 wakil penjual Ford di seluruh negara, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan jualan, servis dan sokongan di bandar-bandar utama serta komuniti yang lebih kecil.

Ini termasuk sembilan pusat jualan dan perkhidmatan Ford di seluruh Malaysia Timur, yang terdiri daripada tujuh wakil penjual dan dua pusat servis khusus. Sokongan servis turut diperluaskan kepada komuniti di Kapit dan Mukah, Sarawak.

Sempena ketibaan model-model baharu dan sebagai sebahagian daripada promosi pelancaran terhad, pelanggan yang membeli Ranger XL dan Ranger Sport 2.0L sebelum 31 Ogos 2026 akan menerima Dashcam Depan HD1080p Ford.

Bagi pembelian Ranger Sport 3.0L dan Ranger Platinum 3.0L, pelanggan akan menerima Pelan Servis Lanjutan (ESP) selama dua tahun secara percuma. Semua model Ranger turut disokong oleh jaminan standard lima tahun, tertakluk kepada terma dan syarat.

Dengan pengembangan rangkaian model, peningkatan sokongan selepas jualan serta pelbagai aktiviti komuniti, Auto ConneXion-Ford terus memperkukuh pengalaman pemilikan Ford di Malaysia dan membina komuniti pemilik yang aktif serta dinamik.