NISSAN KICKS e-POWER BAKAL JADI MILIK PEMENANG LAP 3 TONTON NON STOP, ON TOP!

Kuala Lumpur, 17 Julai 2026 — Persaingan kempen Tonton Non Stop, On Top! kini semakin sengit apabila memasuki Lap 3, sekali gus membuka peluang baharu kepada pelanggan TontonUp untuk merebut Nissan Kicks e-POWER 1.2 VL sebagai Hadiah Utama. Menerusi pusingan terbaharu ini, pelanggan berpeluang mengumpul mata dengan menstrim pelbagai kandungan menarik dan terpilih di platform Tonton, sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk menduduki carta teratas.

Berlangsung dari 13 hingga 26 Julai 2026, Lap 3 membolehkan pelanggan TontonUp mengumpul mata menerusi tontonan pelbagai genre kandungan, termasuk siri Melayu, judul eksklusif Tonton, filem tempatan dan anime Jepun. Lebih banyak kandungan yang distrim, lebih banyak mata yang boleh dikumpulkan, sekali gus memberikan peluang lebih cerah kepada peserta untuk mengungguli carta kedudukan dan merebut Hadiah Utama.

PUSINGAN 3: 13 – 26 JULAI 2026

Kandungan TerpilihKandungan Terpilih
Nur KasihDunia Baru
JuvanaDunia Baru The Movie
Kekasih SeruLagi-Lagi Senario
JiwaMukhsin
SindarelaRock
Anom SurayaBLEACH: Thousand-Year Blood War
BruJUJUTSU KAISEN
Perempuan Ilmu HitamSolo Leveling
Anak-Anak MafiaDark Moon: The Blood Altar
Ultraman Teo (BM)Anyway, I’m Falling in Love with You

Keseronokan kempen diteruskan menerusi Turboost, yang menawarkan peluang untuk pelanggan memperoleh mata berganda apabila menstrim kandungan terpilih pada setiap hujung minggu. Menerusi Turboost, peserta boleh meningkatkan kutipan mata dengan lebih pantas dan memperkukuhkan kedudukan mereka dalam persaingan Lap 3.

TURBOOST MINGGU 5 & MINGGU 6

Turboost Minggu 5
18 & 19 Julai 2026
Turboost Minggu 6
25 & 26 Julai 2026
Haunted Blade: HuntersBRU: Masin & Manis
Perempuan ItuSalju & 7 Buaya
Lelaki Itu7 Hari Mencintaiku
Keluarga Itu7 Hari Mencintaiku 2
Doa Yang Terlindung7 Hari Mencintaiku 3

Bagi pelanggan yang masih belum menyertai kempen ini, peluang untuk mengambil bahagian masih terbuka. Peserta hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama tiga atau 12 bulan sebelum mula menstrim kandungan terpilih bagi mengumpul mata. Setiap tontonan bukan sahaja menawarkan hiburan tanpa henti, malah memberikan peluang kepada peserta untuk mengumpul lebih banyak mata dan bersaing merebut Nissan Kicks e-POWER 1.2 VL sebagai Hadiah Utama Lap 3.

Dengan pelbagai pilihan kandungan menarik serta peluang mengumpul mata berganda menerusi Turboost, Lap 3 Tonton Non Stop, On Top! pastinya menjanjikan persaingan yang lebih sengit buat semua peserta. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk terus menstrim, mengumpul mata dan berada di kedudukan terbaik bagi merebut Hadiah Utama yang ditawarkan.