16,000 SUDAH SERTAI TONTON NON STOP, ON TOP! PELUANG TERAKHIR REBUT GAC EMKOO 1.5L TURBO!

Kempen Tonton Non Stop, On Top! kini memasuki pusingan terakhir apabila Lap 4 berlangsung dari 27 Julai hingga 9 Ogos 2026. Selepas tiga lap terdahulu menyaksikan penyertaan lebih 16,000 peserta dan ratusan pemenang membawa pulang pelbagai hadiah menarik, pelanggan TontonUp kini berpeluang memulakan saingan terakhir untuk mengumpul mata dan merebut hadiah utama berupa GAC Emkoo 1.5L Turbo.

Sepanjang Lap 4, pelanggan TontonUp boleh menikmati pelbagai kandungan pilihan sambil mengumpul mata untuk meningkatkan kedudukan dalam carta. Antara judul yang boleh distrim termasuk BRU: Masin & Manis, The Legend of Heroes, Salju & 7 Buaya, Damn In-Laws, Cinta Si Wedding Planner, The Princess Royal, Titian Cinta, Moonlit Reunion, Nur, Bahagia Bukan Bidaan, Melur Untuk Firdaus, Cari Aku Di Syurga, Nora Elena, Hilang Dalam Rindu, Love You Mr. Arrogant, Pujaan Hati Kanda, Setitis Kasih Darmia, Rindu Awak 200% dan Setia Hujung Nyawa.

Pusingan 4 (27 Julai – 9 Ogos 2026)
BRU: Masin & Manis
The Legend of Heroes
Salju & 7 Buaya
The Legend of Heroes: Duel On Mount Hua
Damn In-Laws
Cinta Si Wedding Planner
The Princess Royal
Titian Cinta
Moonlit Reunion
Nur
Bahagia Bukan Bidaan
Melur Untuk Firdaus
Cari Aku Di Syurga
Nora Elena
Hilang Dalam Rindu
Love You Mr. Arrogant
Pujaan Hati Kanda
Setitis Kasih Darmia
Rindu Awak 200%
Setia Hujung Nyawa

Keseronokan turut diteruskan menerusi Turboost, yang memberikan peluang kepada pelanggan untuk mengumpul mata berganda apabila menstrim kandungan terpilih pada hujung minggu. Turboost Minggu 7 akan berlangsung pada 1 dan 2 Ogos, manakala Turboost Minggu 8 pula berlangsung pada 8 dan 9 Ogos 2026, sekali gus memberikan peluang terakhir kepada peserta untuk meningkatkan jumlah mata sebelum kempen berakhir.

Turboost Minggu 7 (1 & 2 Ogos 2026)Turboost Minggu 8 (8 & 9 Ogos 2026)
The Nap Princess’s SpoilerAkad Tak Dipinta
Anom SurayaMore Likes, More Danger
VictoryRamen Akaneko
BLEACH: Thousand-Year Blood WarKumamiko-Girl meets Bear
Love Unseen Beneath the Clear Night SkyMy Puppy

Bagi mereka yang masih belum menyertai kempen ini, peluang masih terbuka untuk turut serta dalam saingan terakhir. Pelanggan hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama 3 atau 12 bulan sebelum mula menstrim kandungan terpilih sepanjang tempoh Lap 4. Selain mengumpul mata menerusi tontonan, peserta juga boleh memperoleh mata bonus melalui pembelian Tonton Subscription Gift untuk keluarga dan rakan-rakan, dengan langganan hadiah tiga bulan memberikan 100 mata bonus, manakala langganan 12 bulan menawarkan 400 mata bonus tanpa had pembelian.

Dengan kempen Tonton Non Stop, On Top! bakal melabuhkan tirainya pada 9 Ogos 2026, Lap 4 menjadi peluang terakhir buat pelanggan untuk mengukuhkan kedudukan dan bersaing merebut hadiah utama GAC Emkoo 1.5L Turbo, selain pelbagai hadiah menarik lain. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk terus menstrim, mengumpul mata dan memberikan saingan terakhir dalam kempen ganjaran terbesar Tonton ini.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.