Alamanda dan Mesra Mall Semarakkan Kemeriahan Piala Dunia dengan Pengalaman Bola Sepak Imersif serta Pelbagai Ganjaran Menarik

PUTRAJAYA, 7 Julai 2026 — Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall Kemaman tampil menyemarakkan kemeriahan musim bola sepak menerusi pelbagai aktiviti bertemakan Piala Dunia yang menggabungkan pengalaman interaktif, hiburan serta ganjaran menarik untuk pengunjung. Kempen Bola Bola Alamanda berlangsung dari 3 hingga 19 Julai 2026, manakala Mesra Mall pula menganjurkan kempen The Golden Ticket dari 4 hingga 19 Julai 2026.

Sebagai pusat beli-belah yang mengutamakan komuniti, kedua-dua destinasi ini terus komited menyediakan persekitaran yang selamat dan mesra keluarga, di samping menggalakkan aktiviti sihat serta interaksi bermakna dalam kalangan pengunjung. Menerusi kempen tahunan ini, ibu bapa, anak-anak dan peminat bola sepak berpeluang menikmati pengalaman bersama sambil mencipta kenangan istimewa sepanjang musim bola sepak yang meriah.

Di Alamanda, Centre Court telah diubah menjadi arena bertemakan bola sepak yang meriah dengan gabungan elemen sukan, hiburan dan ganjaran. Pengunjung boleh mencuba pelbagai aktiviti interaktif fizikal dan digital seperti PUMA Dribble Challenge, E-Football Arena, Shoot! Goal! dan Bench Battle. Mereka turut berpeluang merakam detik sambutan gol menerusi 360° Celebration Cam yang menghasilkan video slow-motion dinamik untuk diabadikan sebagai kenangan.

Kempen Bola Bola Alamanda turut memberi penekanan terhadap pengalaman kekeluargaan menerusi aktiviti bola sepak mini VIKids yang direka khas untuk kanak-kanak. Inisiatif ini menjadikan Alamanda sebagai destinasi sesuai untuk seisi keluarga menikmati musim bola sepak dalam suasana yang menyeronokkan, aktif dan penuh interaksi.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan ganjaran menerusi Alamanda’s Shoppers Rewards Programme. Mereka yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit di kedai terpilih akan menerima satu Pas “Bola Bola Experience”. Bagi pembelian minimum RM500 melalui maksimum dua resit, pengunjung pula layak menerima dua Pas “Bola Bola Experience”, menyertai Peraduan “Teka Bola Bola” untuk memenangi e-baucar serta berpeluang mencuba mesin Gashapon khas bagi memenangi jersi bola sepak atau e-Baucar Alamanda.

Sementara itu, Mesra Mall Kemaman turut menghidupkan suasana bola sepak menerusi kempen The Golden Ticket yang berlangsung di Centre Court. Berkonsepkan Piala Dunia, kempen ini menampilkan 40 Kotak Misteri yang dihiasi dengan reka bentuk bendera negara-negara peserta sebagai sebahagian daripada aktiviti penebusan harian untuk pengunjung yang layak.

Kerjasama dengan Al-Ikhsan turut memeriahkan kempen menerusi Penalty Shootout Challenge yang berlangsung pada 10–11 dan 17–18 Julai 2026. Terbuka kepada semua pengunjung dan terhad kepada 100 peserta setiap hari, setiap peserta diberikan tiga peluang untuk melakukan sepakan penalti. Peserta yang berjaya menjaringkan gol dalam tiga percubaan berpeluang membawa pulang Baucar Beli-belah Al-Ikhsan bernilai RM10.

Menerusi Mesra Mall’s Shoppers Rewards Programme, pengunjung yang berbelanja RM300 ke atas dalam maksimum dua resit di kedai terpilih layak menyertai aktiviti penebusan The Golden Ticket. Selepas mendaftar di Concierge Counter, pengunjung boleh memilih Kotak Misteri untuk mengetahui kategori hadiah yang dimenangi, dengan 40 hadiah harian ditawarkan dalam bentuk Tiket Biru bernilai RM30, Tiket Perak bernilai RM500 atau Tiket Emas utama bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Beli-belah Mesra Mall.

Menurut Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, kedua-dua kempen tersebut dirangka bagi menawarkan pengalaman bermakna, kreatif dan menyeronokkan kepada komuniti sepanjang musim bola sepak. Sama ada menerusi cabaran sukan yang aktif dan aktiviti VIKids berorientasikan keluarga di Alamanda, atau pengalaman cabutan Kotak Misteri The Golden Ticket di Mesra Mall, fokus utama kekal kepada usaha menyediakan pengalaman mesra keluarga yang dapat dinikmati oleh para pengunjung.

Dengan pelbagai aktiviti interaktif dan ganjaran yang ditawarkan, Alamanda dan Mesra Mall bukan sahaja memeriahkan suasana musim bola sepak, malah menyediakan ruang untuk keluarga serta komuniti berkumpul, berseronok dan mencipta kenangan bersama dalam suasana yang penuh semangat kesukanan.

Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini, sila layari:

i. Alamanda – www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
ii. Mesra Mall – www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall