Penggemar 7CAFé oleh 7-Eleven pasti teruja dengan penawaran produk berkualiti tinggi pada harga mampu milik, kini hadir dengan menu sedia dimakan terbaru.
Sebagai destinasi pilihan gaya hidup dan kedai serbaneka yang popular, 7-Eleven menyajikan pelbagai menu sedia dimakan yang mengikut selera tempatan, menggamit memori dengan setiap suapan.
Antara menu yang menjadi kegemaran ramai dan mesti dicuba di 7CAFé oleh 7-Eleven termasuklah Nasi Goreng Kampung (RM5.90), Nasi Ayam Pad Kra Pao (RM6.90), Nasi Ayam Masam Manis (RM8.90), dan Pasta Keju Pedas (RM7.90).
Menawarkan pilihan yang menarik, setiap hidangan disediakan dengan menggunakan bahan segar tempatan berkualiti tinggi, sambil menonjolkan citarasa Malaysia dengan harga berpatutan bermula serendah RM5.90.
Kini, lebih daripada 300 cawangan 7CAFé oleh 7-Eleven serta rangkaian kedai 7-Eleven terpilih seluruh negara menawarkan menu sedia dimakan ini yang boleh dinikmati pada bila-bila masa, di mana sahaja. Pilihan menu termasuklah Nasi Goreng Belado (RM5.90), Nasi Goreng Telur (RM5.90), Nasi Goreng Kampung (RM5.90), Nasi Ayam Paprik (RM6.90), Nasi Ayam Nyonya (RM6.90), Nasi Pad Kra Pao (RM6.90), Pasta Budae Jigae (RM8.90), Pasta Keju Pedas (RM7.90), Nasi Ayam Kong Pao (RM8.90), Nasi Ayam Sweet and Sour (RM8.90), Nasi Ayam Kam Heong (RM8.90), dan Nasi Ayam Kari (RM8.90).