Mundey Kampung Dey: Filem Punjabi pertama di Malaysia

Xtreme Studios (M) Sdn Bhd, yang juga penerbit filem Teater Punjabi pertama di Malaysia, MUNDEY KAMPUNG DEY, yang bermaksud Budak Kampung, telah berjaya menamatkan tayangan perdananya pada 8 Disember 2022, di pawagam MBO Atria Damansara dengan barisan pelakon. artis, pekerja, dan rakan-rakan akhbar.

Juga turut hadir bersama adalah Pengarah Bahagian Pembangunan Industri, En Raja Khairul Azman Bin , Yb Suresh Singh, Datuk Kohillan Pillay, Dr.Ahmad Idham dan En. Ghaz Abu Bakar. Mundey Kampung Dey (MKD) adalah sebuah karya anak Malaysia iaitu Mansher Singh diilhamkan oleh beliau berasakan budaya masyarakat Punjabi dan dicampurkan dengan lapisan masyarakat yang majmuk di negara ini. Menurut Sherreen Murugas yang juga merupakan Penerbit Executive , Beliau percaya bahawa MKD akan menarik perhatian dan sambutan dari semua kaum dan lapisan oleh kerana keunikkan filem sendiri berala ala syle orang kita dan memang perisa 100% Malaysia.

Bimbingan Penerbit Penyelia Ghaz Abu Bakar juga memberi panduan dan nasihat bersama hasil kerja DOP iaitu C . Kumaresan ( CK ) sangat impressive. Secara ringkas .. Cerita ini memaparkan Tiga sekawan yang terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari mendapatan pendapatan lebih disalah guna oleh beberapa pihak utuk melakukan jenayah dan apabila mereka mengetahui kebenaran ,, Nyawa mereka terancam, bagaimana mereka menyelamatkan nyawa dan keluarga tercinta. Disajikan juga lagu lagu merdu untuk penonton yang sudah tidak asing lagi dengan filem Bollywood.

MKD memperkenalkan barisan artist wajah baru Anwar Beg Moghal, Hemant Shergill , Nipun C , Malkit Kaur , Harvinder Kaur, Asvinder Singh juga berlakon bersama adalah artis tanahair Chamkaur Singh , Sanjna Suri , Sharmini Ramesh , Aghonderan Sahadevan dan ramai lagi. MKD adalah filem yang disokong oleh Finas Malaysia dibawah Program Inkubator Finas untuk memberi ruang dan peluang untuk karyawan Malaysia berkarya dan dengan peluang ini bolehlah Pengarah dan karyawan muda dibawa kedepan mata dunia.

Keluarga MKD meminta semua kemari untuk menonton Mundey Kampung Dey dari 15hb Disember ini dan menyerah nasib MKD ini ditangan penonton. Oleh kerana bersaing hebat dengan filem luar negara yang juga akan tayangkan di Malaysia pada masa yang sama pihak pawagam hanya memberikan pawagam yang terpilih sahaja..MKD perlukan penonton memberi support kepada filem ini dan dengan sambutan dan restu Malaysialah , MKD akan dibuka di banyak lagi Pawagam. Pawagam yang terpilih adalah diantara GSC QUILL CITY MALL – KL, GSC NU SENTRAL – KL, TGV KLCC, TGV JAYA – SELANGOR, LFS BUKIT JAMBUL – PENANG , AE Cinemas – Seremban , dan beberapa lagi pada masa ini dan akan ditambah lagi dalam beberapa hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *