MEDAN PERTEMPURAN VOKAL TERBAIK FAMILI SELEBRITI – SAKSIKAN FAMILI DUO MUSIM BAHARU AHAD INI!

Family Duo, rancangan realiti nyanyian TV3, kembali dengan musim baharu yang menampilkan tujuh pasangan selebriti Malaysia yang terkenal. Rancangan ini akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3 dan penstriman langsung dalam HD di www.tonton.com. Tarikh mula saya ialah 18 Disember 2022.

Famili Duo ialah program realiti nyanyian yang unik dan berlainan daripada program-program yang lain dimana ia menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka. Selepas perkenalan musim pertamanya pada 14 Februari 2021, Famili Duo telah mencapai objektifnya yang bertujuan mengangkat nilai kekeluargaan serta mengeratkan lagi silaturahhim dalam kalangan ahli keluarga menerusi muzik.

Musim baharu Famili Duo dibawakan khas oleh Penaja Bersama iaitu Good Virtues Co. dan Polident. Program 8 episod ini menggandingkan Janna Nick dan Sean Lee sebagai hos program manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap Ia menyaksikan tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan berentap (battle) pada setiap minggu yang membawakan tema berbeza untuk merebut hadiah mingguan iaitu RM 10,000! Lebih menarik, para finalis Famili Duo untuk musim baharu ini berpeluang untuk merebut hadiah utama sebanyak RM 100,000 di pentas akhir nanti! Pemarkahan ditentukan oleh juri tetap (80%) dan undian atas talian oleh penonton (20%).

Antara tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo, pasangan manakah bakal menambat hati juri tetap dan para penonton? Jangan ketinggalan untuk mengikuti persembahan mingguan mereka iaitu Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

Musim baharu Famili Duo diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Binti Abdullah sebagai penerbit. Gunakan hashtag #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

 Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *