Putrajaya, 28 Februari 2026 – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Marvelous Mama Sdn Bhd tampil memperkenalkan pengalaman bufet istimewa menerusi “Iftar di Rumah Lauk”, yang berlangsung di Nafoura Hall. Mengangkat konsep “Dari Dapur Kami ke Meja Anda”, inisiatif ini mengetengahkan keaslian masakan kampung dan warisan tempatan yang dekat di hati rakyat Malaysia. Menyasarkan komuniti sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Serdang, bufet ini direka sebagai ruang berkumpul buat keluarga serta organisasi korporat untuk menikmati hidangan berbuka dalam suasana selesa dan penuh kemesraan. Lebih menarik, pihak syarikat turut mengumumkan perancangan pembukaan restoran tetap Rumah Lauk di Kuala Lumpur pada penghujung April, diikuti dengan pengembangan jenama ke peringkat antarabangsa termasuk London dan Jakarta. Langkah ini mencerminkan aspirasi besar Marvelous Mama dalam membawa citarasa tempatan ke pentas global.
Majlis Iftar Rumah Lauk oleh Marvelous Mama