Alor Setar, Kedah – Program Hello Kedah diadakan pada 5 Julai 2024 di Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Dihoskan oleh Nu Ideaktiv dan Astro, program ini bertujuan memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu, ia juga bertujuan mengukuhkan silaturahim dan menyediakan platform untuk komuniti berkumpul dan berinteraksi, serta menggalakkan penglibatan dalam aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan komuniti.
Program ini akan melibatkan vendor-vendor jualan makanan dan minuman, membuka peluang pendapatan kepada penduduk Kedah. Vendor akan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman tradisional serta moden yang terkenal di Kedah.
Program ini juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan memberi sokongan ekonomi kepada peniaga kecil dan sederhana dengan menyediakan platform untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.
Antara aktiviti menarik adalah pelancaran aplikasi seeNI dan laman web baharu KLiiK. SeeNI menggabungkan lebih dari 20 portal majalah terkemuka,seperti NONA, RASA ,Remaja dan banyak lagi manakala KLiiK adalah portal komuniti aktif yang menawarkan pelbagai manfaat seperti ganjaran tambahan, akses ke pertandingan, sample percuma, event, seminar dan webinar.
Program ini akan menampilkan aktiviti seperti senaman “Pound Stick”, himpunan cita-cita Bintang Kecil, pertandingan mewarna Bintang Kecil, dan gunting rambut percuma. Selebriti seperti Hisyam Hamid, Sharifah Sakinah, Shiha Zikir, Naqiu, dan Sepahtu akan turut hadir untuk memeriahkan acara.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim, menyatakan penghormatan mereka dalam menganjurkan program ini bersama Astro, yang bertujuan mengeratkan hubungan komuniti setempat dan mempromosikan program Astro serta jenama Ideaktiv. Kerjasama ini dijangka memberi impak positif kepada masyarakat dan ekonomi tempatan.
Diharapkan program “Hello Kedah” akan memberikan manfaat besar kepada komuniti dan ekonomi setempat.