Padanan Makanan Bijak: Maksimumkan Nutrien dalam Setiap Hidangan

Pemakanan yang seimbang bukan sekadar memenuhi keperluan nutrien tertentu atau mengikut trend “superfood” semasa, sebaliknya melibatkan pengambilan nutrien yang mencukupi secara konsisten bagi menyokong pertumbuhan, metabolisme, pemulihan dan kesejahteraan keseluruhan. Selain itu, cara makanan dipadankan juga memainkan peranan penting kerana ia boleh mempengaruhi keupayaan tubuh untuk menyerap dan menggunakan nutrien. Menurut Susan Bowerman, Pengarah Kanan Pendidikan dan Latihan Pemakanan Global di Herbalife, kombinasi makanan tertentu dalam sains pemakanan mampu meningkatkan tahap penyerapan nutrien dalam tubuh. Ini bermakna pemilihan padanan makanan yang bijak semasa waktu makan boleh membantu meningkatkan kualiti pemakanan harian. Salah satu pendekatan mudah ialah dengan mempelbagaikan makanan sihat secara konsisten, berbanding mengambil menu yang sama setiap hari, kerana terdapat kombinasi tertentu yang memberikan manfaat lebih besar apabila diambil bersama.

Susan Bowerman, Senior Director, Worldwide Nutrition Education and Training, Herbalife.

Pengambilan nutrien yang mencukupi amat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan, dengan keperluan yang berbeza mengikut peringkat kehidupan seperti remaja, dewasa dan warga emas. Bersempena Hari Kesihatan Sedunia, beberapa padanan makanan bijak boleh diamalkan dalam kehidupan harian untuk meningkatkan penyerapan nutrien. Antaranya termasuk pengambilan sayur-sayuran berwarna-warni bersama sedikit lemak sihat. Sayur seperti bayam, lobak merah, lada benggala dan tomato mengandungi karotenoid yang bertindak sebagai antioksidan dan lebih mudah diserap apabila diambil bersama lemak sihat seperti minyak zaitun, kekacang, biji-bijian atau avokado.

Selain itu, vitamin C juga memainkan peranan penting dalam membantu penyerapan zat besi, khususnya zat besi daripada sumber tumbuhan seperti kekacang, lentil, bayam dan bijirin. Menggabungkan makanan seperti tomato, buah sitrus atau strawberi bersama hidangan tersebut boleh meningkatkan penyerapan zat besi dengan lebih berkesan. Minuman protein atau pengganti makanan yang diperkaya dengan zat besi juga boleh dimanfaatkan dengan menambah buah-buahan kaya vitamin C seperti nanas, mangga atau strawberi bagi meningkatkan keberkesanannya.

Smart food pairings help your body absorb more nutrients from every meal.

Teh hijau pula mengandungi katekin, iaitu sebatian tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan. Penyerapan sebatian ini boleh ditingkatkan apabila teh hijau diambil bersama makanan yang kaya vitamin C seperti lemon, buah sitrus, kiwi atau strawberi. Menggabungkan teh hijau dengan snek seimbang yang turut mengandungi protein dan serat juga dapat membantu memberikan tenaga yang lebih berpanjangan sepanjang hari.

Di samping itu, vitamin D dan kalsium merupakan kombinasi penting untuk kesihatan tulang dan fungsi otot. Vitamin D membantu tubuh menyerap kalsium dengan lebih efektif. Sumber vitamin D termasuk ikan berlemak seperti salmon dan tenggiri serta telur, manakala kalsium boleh diperoleh daripada sayur berdaun hijau, produk tenusu dan minuman berasaskan tumbuhan yang diperkaya. Menggabungkan kedua-dua nutrien ini dalam hidangan harian dapat membantu tubuh memanfaatkannya dengan lebih optimum. Walaupun Malaysia menerima cahaya matahari yang mencukupi, kekurangan vitamin D masih berlaku secara meluas, sekali gus menekankan kepentingan pemakanan yang seimbang dan, jika perlu, penggunaan suplemen.

Selain itu, gabungan protein dan serat juga penting untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta menyokong kesihatan pencernaan. Ramai orang dewasa tidak mengambil protein dan serat yang mencukupi, sedangkan kedua-duanya memainkan peranan penting dalam diet harian. Menggabungkan sumber protein seperti ayam, ikan, telur, tauhu atau kekacang dengan makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dapat menghasilkan hidangan yang lebih seimbang dan mengenyangkan.

Thoughtful food combinations turn healthy eating into real, lasting health benefits

Secara keseluruhannya, mendapatkan nutrien yang mencukupi dalam era moden boleh menjadi cabaran disebabkan gaya hidup yang sibuk serta perubahan tabiat pemakanan. Pemakanan sihat bukan tentang mengikuti peraturan ketat, tetapi memastikan tubuh menerima nutrien yang diperlukan secara konsisten mengikut gaya hidup individu. Mengamalkan kepelbagaian makanan serta memanfaatkan padanan makanan yang bijak dapat membantu meningkatkan pengambilan nutrien harian. Walaupun makanan lengkap menjadi asas diet, produk diperkaya, minuman protein dan suplemen boleh menjadi sokongan tambahan bagi menampung kekurangan nutrien. Pendekatan terbaik adalah memberi tumpuan kepada konsistensi, bukan kesempurnaan, dengan menggabungkan sumber protein, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni, bijirin tinggi serat serta lemak sihat untuk memastikan tubuh mendapat nutrien yang mencukupi setiap hari.