Cara Paling Seronok Untuk Recharge: Aktiviti hujung minggu yang segarkan badan & jiwa

Aktiviti komuniti yang penuh makna! Aktiviti komuniti yang penuh makna!

Hujung minggu sering menjadi ruang untuk setiap individu mencipta “me-time” mengikut cara masing-masing—ada yang memilih untuk bersantai di kafe, menghabiskan masa menonton drama, atau menjalani aktiviti fizikal ringan seperti berjalan kaki dan berlari santai di waktu pagi. Aktiviti yang ringkas ini sebenarnya mampu memberikan impak yang besar terhadap kesejahteraan diri, sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Selain membantu tubuh kembali segar, ia juga menjadi medium untuk menenangkan minda dan menghubungkan diri dengan komuniti serta persekitaran.

Semangat dan suasana sebegini dapat dilihat dengan jelas melalui penganjuran SAJI Miles for Smiles Fun Run & Walk 2025, yang berlangsung penuh meriah di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Program anjuran jenama SAJI di bawah FGV Holdings Berhad ini berjaya menghimpunkan ratusan peserta daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang, semuanya hadir dengan satu matlamat – untuk meraikan gaya hidup sihat sambil menikmati hari penuh energi positif bersama komuniti.

Larian sejauh 5km ini menggunakan laluan KL Car-Free Morning, menjadikan suasana lebih mesra keluarga dan selamat untuk peserta dari semua kategori. Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan berirama yang dipimpin oleh jurulatih bertauliah, sebelum peserta memulakan perjalanan santai mereka melalui jalan-jalan utama Kuala Lumpur. Dengan cuaca pagi yang nyaman, disertai suasana riuh-rendah yang penuh gelak tawa dan sorakan semangat, program ini berjaya menjadi titik pertemuan bagi mereka yang mahu memulakan hari dengan lebih positif.

Peserta turut menikmati pelbagai elemen sokongan seperti stesen hidrasi, pasukan perubatan dan keselamatan, serta pasukan sukarelawan yang membantu melancarkan perjalanan acara. Seusai larian, peserta disajikan dengan sarapan ringan dan dibawa ke ruang mini karnival yang menawarkan pengalaman menyeluruh — daripada jualan promosi produk SAJI, ADELA, PREMEO dan SERI PELANGI, hinggalah permainan interaktif, pameran kesihatan serta pemeriksaan percuma oleh Hospital Pusrawi. Peserta juga menerima “run kit” yang dipenuhi barangan berkualiti, termasuk produk makanan, minuman, baucar istimewa dan T-shirt jersey yang direka khas.

Secara keseluruhan, acara ini berjaya mencapai objektif murninya iaitu mempromosikan gaya hidup aktif, mewujudkan ruang interaksi sosial dan memperkukuh hubungan antara komuniti. Lebih daripada sekadar larian, ia menjadi simbol semangat kekeluargaan, persefahaman dan sokongan yang menjadikan masyarakat lebih sihat dan harmoni.