Bersedia untuk menikmati hidangan istimewa di penghujung tahun ini? The Chicken Rice Shop (TCRS), restoran keluarga halal terkemuka, kembali dengan menu kegemaran ramai – Grilled Butter Chicken dengan kelainan baharu yang pasti menggoda selera anda. Hidangan ini kini hadir dengan sos telur masin berkrim yang disertakan dengan daun kari dan cili merah, memberikan rasa lemak yang kaya dan penuh rasa rempah ratus.
Hidangan istimewa ini akan tersedia di seluruh cawangan TCRS di seluruh negara sehingga 12 Januari 2025, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk meraikan tahun baru bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sejak pertama kali diperkenalkan, Grilled Butter Chicken telah menjadi menu kegemaran yang dinantikan setiap hujung tahun. Tahun ini, TCRS memperkenalkan sentuhan istimewa dengan sos telur masin berkrim yang menambah lagi kelazatan ayam panggang yang sudah menjadi kegemaran ramai. Sos ini dilengkapi dengan rasa pedas dari cili merah serta keharuman daun kari, menjadikan hidangan ini lebih istimewa dari tahun-tahun sebelumnya.
Menurut Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, Grilled Butter Chicken telah menjadi antara hidangan utama di TCRS selama lebih 15 tahun. “Kami berusaha untuk memberikan pengalaman baru setiap tahun kepada pelanggan dengan menginovasi menu kami. Kami yakin pelanggan akan menyukai sentuhan baharu ini,” katanya.
Grilled Butter Chicken & The Golden Egg ditawarkan dalam tiga pilihan set yang sesuai untuk pelbagai saiz kumpulan, sama ada untuk makan seorang atau berkongsi bersama keluarga dan sahabat. Setiap hidangan lengkap dengan minuman Gua Cheeky Berry, campuran segar jambu merah, strawberi, dan mangga yang memberikan rasa menyegarkan, sepadan dengan hidangan berkrim ini.
TCRS terus berusaha untuk mencipta hidangan yang menggalakkan pertemuan keluarga dan sahabat, bukan hanya semasa musim perayaan tetapi sepanjang tahun. “Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman makan yang istimewa dan menggembirakan hati pelanggan. Kami berharap Grilled Butter Chicken & The Golden Egg ini akan menjadi sebahagian daripada kenangan indah anda tahun ini,” tambah Kah Yong.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan ini sebelum 12 Januari 2025. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi TCRS di www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook rasmi mereka di The Chicken Rice Shop.