Tinjauan Herbalife Dedah Keyakinan Rakyat Malaysia Terhadap Pemulihan Ekonomi

Herbalife, sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan serta kesejahteraan terkemuka, hari ini berkongsi dapatan Tinjauan Pemerkasaan Kesihatan dan Ekonomi Asia Pasifik (APAC) 2025 yang mendedahkan wujudnya jurang antara persepsi rakyat Malaysia terhadap tahap kesihatan diri berbanding kesejahteraan kewangan semasa. Walaupun begitu, rakyat Malaysia secara keseluruhan kekal optimistik terhadap masa depan, khususnya dalam tempoh setahun akan datang.

Daripada 1,000 responden di Malaysia, seramai 61 peratus menilai tahap kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan mereka berada pada tahap “amat baik” atau lebih tinggi. Namun, hanya 28 peratus menyifatkan kesejahteraan ekonomi semasa mereka sebagai “sangat baik” atau lebih tinggi. Walau bagaimanapun, lebih separuh responden, iaitu 51 peratus, menjangkakan kesejahteraan ekonomi mereka akan bertambah baik dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Herbalife Malaysia dan Singapura, berkata dalam keadaan ekonomi semasa, semakin ramai rakyat Malaysia mencari sumber pendapatan tambahan. Menurut beliau, Herbalife komited untuk menyokong usaha ini dengan membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan, di samping menawarkan peluang kepada individu yang berminat membina perniagaan sendiri sebagai pengedar bebas.

Beliau menambah bahawa di Malaysia dan seluruh rantau Asia Pasifik, Herbalife telah memperkasakan individu daripada pelbagai latar belakang untuk menjadikan minat terhadap kesejahteraan sebagai satu usaha niaga yang bermakna. Dengan sokongan peralatan, teknologi serta model jualan langsung yang terbukti, individu boleh memulakan perniagaan mengikut kesesuaian masing-masing, dari mana-mana sahaja. Usaha ini turut disokong oleh latihan berterusan, bimbingan serta komuniti usahawan yang saling membantu bagi mencapai matlamat jangka panjang.

Tinjauan Pemerkasaan Kesihatan dan Ekonomi Asia Pasifik 2025 yang dijalankan pada Oktober 2025 melibatkan seramai 8,505 responden, termasuk 2,245 usahawan, merangkumi 11 pasaran utama iaitu Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Dapatan tinjauan turut menunjukkan bahawa usahawan di Malaysia cenderung lebih optimistik serta berasa lebih berupaya berbanding bukan usahawan. Lebih daripada tiga dalam lima usahawan, iaitu 61 peratus, meramalkan kesejahteraan ekonomi mereka akan bertambah baik dalam tempoh 12 bulan akan datang, berbanding 47 peratus dalam kalangan bukan usahawan. Selain itu, usahawan juga lebih berkemungkinan merasakan mereka mampu membuat keputusan yang mengukuhkan kestabilan kewangan, iaitu 54 peratus berbanding hanya 32 peratus dalam kalangan bukan usahawan.

Herbalife’s recent survey showed Malaysian entrepreneurs feel more financially empowered, with 54% confident in improving financial stability.

Dari sudut kesihatan, rakyat Malaysia kekal positif dengan 57 peratus menjangkakan tahap kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan mereka akan bertambah baik dalam tempoh setahun akan datang. Keluarga dikenal pasti sebagai pengaruh terbesar terhadap kesihatan, dengan 58 peratus responden menyatakannya sebagai faktor utama, diikuti kerjaya sebanyak 46 peratus dan keadaan ekonomi sebanyak 35 peratus. Walaupun 39 peratus sangat yakin dapat mencapai matlamat kesihatan dalam tempoh 12 bulan, hanya 43 peratus merasakan mereka mudah mengambil langkah yang diperlukan untuk mencapainya.

Sepanjang 12 bulan lalu, rakyat Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan diri. Lebih separuh responden meluangkan lebih banyak masa untuk bersenam, manakala 45 peratus berusaha menghentikan tabiat kurang sihat dan 41 peratus menghabiskan lebih banyak masa melakukan aktiviti berkaitan kesejahteraan. Usaha ini dijangka berterusan pada masa hadapan, dengan majoriti responden merancang untuk meningkatkan tahap aktiviti fizikal, mengurangkan tabiat kurang sihat dan memberi tumpuan kepada kesejahteraan secara menyeluruh.

Namun begitu, pemerkasaan kewangan masih menjadi cabaran utama. Hanya 38 peratus rakyat Malaysia berasa mereka mampu membuat keputusan yang dapat menambah baik kestabilan kewangan dan kesejahteraan ekonomi. Dalam aspek kesejahteraan kewangan, ekonomi dikenal pasti sebagai pengaruh utama oleh 45 peratus responden, diikuti rakan dan keluarga sebanyak 43 peratus serta kerjaya sebanyak 35 peratus.

Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan, rakyat Malaysia cenderung mengambil langkah praktikal. Dalam tempoh setahun lalu, 60 peratus mengurangkan perbelanjaan bagi barangan bukan keperluan, manakala 29 peratus meluangkan masa mengkaji pilihan pelaburan atau melabur secara aktif. Tingkah laku ini dijangka berterusan, dengan lebih separuh responden merancang untuk terus mengurangkan perbelanjaan tidak penting dan memberi tumpuan kepada peluang pelaburan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Tinjauan ini turut mendedahkan keperluan jelas terhadap sokongan tambahan, apabila 57 peratus rakyat Malaysia menyatakan mereka memerlukan maklumat tentang cara menambah pendapatan. Selain itu, 42 peratus mahukan nasihat pakar berkaitan pelaburan atau peningkatan simpanan, manakala 36 peratus mencari panduan untuk memulakan perniagaan atau kerja sampingan baharu.

Bagi menyokong rakyat Malaysia yang ingin meningkatkan pendapatan, Herbalife menawarkan pendekatan yang fleksibel dan mudah untuk memulakan perniagaan dalam bidang kesejahteraan, sejajar dengan sasaran pendapatan individu. Disokong oleh lebih 45 tahun pengalaman global dan operasi di lebih 90 negara, Herbalife menyediakan model penyertaan berkos rendah tanpa keperluan pesanan produk bulanan minimum serta tanpa keperluan membeli peralatan jualan atau perniagaan. Untuk maklumat lanjut mengenai peluang perniagaan Herbalife, orang ramai boleh melayari https://www.herbalife.com/en-my/business-opportunity.