Nin Dia Orang Utagha! Hangpa semua memang champion, bak hang! Karnival Jom Heboh (KJH) Pulau Pinang yang berlangsung di Stadium Batu Kawan pada 27 hingga 29 September 2024 (Jumaat hingga Ahad) telah mencatatkan sambutan luar biasa.
Walaupun cuaca di utara tidak menentu, semangat warga utara untuk memeriahkan acara ini tidak pernah pudar. Karnival Jom Heboh kali ini berjaya menarik lebih daripada 300,000 pengunjung sepanjang tiga hari!
KJH Pulau Pinang yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut ini telah menjadi tumpuan penduduk utara, penuh dengan pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung hingga larut malam. Dari Studio Tonton Drama Sangat yang memukau hingga hidangan makanan tempatan yang menggugah selera, setiap sudut Stadium Batu Kawan dipenuhi dengan keceriaan dan keseronokan pengunjung.
Acara ini juga dengan bangganya menerima kunjungan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah Binti Mohd Nor, bersama Yang Berhormat Puan Lim Siew Khim dan ramai lagi yang memberikan kemeriahan tersendiri di Stadium Batu Kawan.
KJH tidak pernah mengecewakan dari segi hiburan, menampilkan selebriti-selebriti popular yang menghiasi slot drama dan program televisyen di TV3, TV9, dan Tonton menerusi Studio Tonton Drama Sangat. Pengunjung dapat beramah mesra dengan artis-artis seperti Riena Diana, Keith Foo, dan Nabila Razali, menjadikan pengalaman mereka lebih bermakna dan penuh kenangan.
Lebih istimewa lagi, warga utara turut dihiburkan dengan kehadiran calon-calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 di reruai khas. Suasana meriah itu diserikan oleh artis-artis seperti Didie Alias dan Ernie Zakri, serta tidak lupa, saksikan malam kemuncak ABPBH 36 yang bakal berlangsung pada 11 Oktober 2024 hanya di TV3.
Satu acara yang paling ditunggu-tunggu adalah Konsert Jom Heboh di pentas utama. Dihoskan oleh Muaz Mohamed & Aisha Mazlin pada malam pertama, dan Amirulhakim Lokman & Zati Nizam pada malam kedua, konsert ini menyajikan persembahan memukau dari penyanyi popular seperti Hael Husaini dan Shiha Zikir. Pengunjung tidak henti-henti bersorak dan teruja, menjadikan kedua-dua malam tersebut sebagai memori indah yang akan dikenang sepanjang hayat.
KJH juga menyajikan pertandingan Yaribba! Boria yang diadakan untuk kali kedua, menarik penyertaan seramai 70 peserta. Kumpulan Boria Kombinasi Kampung Melayu muncul juara, membawa pulang hadiah RM2,000, manakala pertandingan Tonton e-sports, War Of Clans, menjadi tarikan lain yang tidak kurang hebatnya, dengan banyak pasukan bertanding dan mempamerkan kemahiran mereka.
Di samping meraikan keceriaan, kami juga tidak melupakan tanggungjawab sosial. Kami prihatin terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin dan menyeru semua untuk bersama-sama menyokong usaha bantuan kemanusiaan. Sumbangan boleh dibuat melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.
Kami berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka dan bertekad untuk menyebarkan mesej keamanan serta solidariti. Melalui pelbagai program dan inisiatif, kami mengajak rakyat Malaysia untuk bersama dalam usaha murni ini, memastikan bahawa tiada suara yang terpinggir dan setiap usaha dihargai.
Siri jelajah Karnival Jom Heboh 2024 akan terus mengembara ke seluruh negeri, membawa kegembiraan dan hiburan kepada semua. Nantikan lokasi seterusnya dan khusus kepada warga Johor pula, bersiap sedialah dan jumpa anda di selatan! Layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial untuk ketahui informasi terkini. Sebarkan keseronokan anda sekeluarga dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh #InspirasiGenerasi.