Lamb Weston, pembekal kentang sejuk beku terkemuka dunia, menghidupkan falsafah “We’re Potato Obsessed” menerusi acara tasting eksklusif bersama media, Rasa Bersama di Malaysia. Acara ini memberi peluang kepada para tetamu merasai sendiri kualiti kentang goreng bertaraf restoran yang kini boleh didapati di pasaran runcit tempatan.
Majlis dimulakan dengan pembentangan oleh Vicky Mukhi, Pengarah Komersial Asia Tenggara Lamb Weston, yang berkongsi perjalanan global jenama ini serta komitmen berterusan dalam membawakan kentang goreng berkualiti restoran ke dapur rakyat Malaysia. Sesi diteruskan dengan demonstrasi produk oleh Evelynn Ng, Pengurus Komersial Retail & Food Service Malaysia dan Singapura, yang memperkenalkan rangkaian baharu runcit Lamb Weston serta menjelaskan bagaimana produk ini direka untuk melengkapkan waktu makan harian rakyat Malaysia, sama ada sebagai snek ringkas mahupun hidangan untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dalam sesi tersebut, enam variasi potongan kentang goreng diperkenalkan dan kini tersedia di Malaysia. Setiap satu dihasilkan bagi memberikan tekstur rangup yang sempurna setiap kali, sama ada dimasak menggunakan ketuhar atau air fryer. Antara variasi yang ditampilkan ialah TwisterTM Fries Seasoned dengan potongan berpintal yang rangup di luar dan lembut serta diperisakan, Waffle Fries Seasoned dengan potongan CrissCutTM berperisa yang mempunyai lebih permukaan tepi untuk kerangupan maksimum dan lembut di bahagian tengah, serta ZiggyTM Fries Seasoned yang menampilkan potongan zig-zag ikonik dengan lekuk lebih dalam untuk kerangupan ekstra. Turut diperkenalkan ialah Potato DippersTM Natural berbentuk cedok yang sesuai untuk dicicah, Rustic Fries Natural dengan potongan V berkulit gaya rustic yang rangup di luar dan gebu di dalam, serta Grill Fries Salt & Pepper beralun dan diperisakan garam serta lada untuk rasa yang lebih menyerlah dan kerangupan padu.


Setiap produk disalut dengan lapisan eksklusif StealthTM batter oleh Lamb Weston, iaitu salutan inovatif yang mampu mengekalkan kerangupan sehingga dua kali lebih lama berbanding kentang goreng biasa, sama ada dimasak menggunakan ketuhar atau air fryer. Kesemua produk ini juga disahkan Halal, vegan dan bebas gluten, menjadikannya sesuai untuk pelbagai keperluan serta gaya pemakanan.
Sebagai penutup acara, Chef Elwin, Pengarah Kulinari Kiam Sng Di dan Naib Presiden Singapore Chef’s Association, mengendalikan demonstrasi masakan secara langsung dengan menyediakan hidangan bertemakan perayaan yang sesuai untuk dikongsi bersama, berinspirasikan sambutan perayaan yang bakal tiba.

Selain inovasi produk, Lamb Weston turut menitikberatkan aspek kelestarian. Pek runcit baharu direka 20 peratus lebih nipis dan mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus polietilena bio boleh diperbaharui yang dihasilkan daripada minyak masak terpakai. Inisiatif ini selaras dengan sasaran kelestarian global syarikat untuk mengurangkan pembaziran makanan sebanyak separuh dan menurunkan pelepasan karbon sebanyak 25 peratus menjelang tahun 2033.
Menurut Vicky Mukhi, rakyat Malaysia sememangnya gemar berkumpul sambil menikmati hidangan enak dan kentang goreng merupakan antara sajian ringkas yang boleh dinikmati bersama. Beliau menegaskan bahawa syarikat tersebut komited sepenuhnya terhadap kentang dengan membawakan kentang goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam, seperti yang dipercayai restoran di seluruh dunia, terus ke rumah rakyat Malaysia agar setiap momen menjadi lebih istimewa.
Untuk mendapatkan resipi terkini dan promosi menarik, orang ramai boleh mengikuti akaun rasmi Facebook dan Instagram Lamb Weston Malaysia di @lambweston.my.