Majlis Pelancaran Rangkaian Produk Terbaharu Labrich & Pengumuman Rasmi Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Duta Jenama

Labrich terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri kesihatan dan kesejahteraan menerusi penganjuran majlis eksklusif The Labrich Reveal: Nurturing Generations, Empowering Vitality yang berlangsung di Hemisphere Luxury Hall, KL Tower, sekali gus memperkenalkan dua rangkaian produk terbaharu serta mengumumkan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Duta Jenama rasmi. Majlis yang menghimpunkan wakil media, rakan strategik dan pempengaruh itu menjadi platform penting bagi menegaskan komitmen jenama tersebut dalam memperjuangkan kesejahteraan individu dan keluarga melalui pendekatan kesihatan holistik yang bermula dari dalam.

Berteraskan konsep “Nurturing Generations, Empowering Vitality”, Labrich menekankan kepentingan kesejahteraan menyeluruh merangkumi kesihatan usus, kecantikan kulit, keseimbangan emosi serta perkembangan sihat kanak-kanak, sejajar dengan aspirasi jenama untuk membina kehidupan lebih bertenaga dan berkualiti pada setiap peringkat usia. Pengasas Labrich turut berkongsi bahawa inspirasi penubuhan jenama ini lahir daripada pengalaman klinikal melihat peningkatan masalah kesihatan berkaitan metabolik yang sering berpunca daripada isu asas seperti berat badan berlebihan dan rintangan insulin.

Daripada pemerhatian tersebut, lahirlah produk asas Labrich iaitu TriBio, formulasi sinbiotik yang menggabungkan prebiotik, probiotik dan postbiotik bagi menyokong kesihatan usus sebagai asas kepada kesejahteraan tubuh secara menyeluruh. Kejayaan produk ini seterusnya membuka jalan kepada pembangunan inovasi baharu termasuk TriBio SkinAX® yang memberi fokus kepada kesihatan kulit dari dalam melalui gabungan bahan aktif premium, selain memperkukuhkan keyakinan diri pengguna melalui pendekatan nutrisi berasaskan sains.

Dalam masa yang sama, pelancaran TriBio Women Wellness dan TriBio Kids turut mencerminkan usaha Labrich dalam memenuhi keperluan berbeza setiap peringkat kehidupan. Produk Women Wellness dibangunkan khusus untuk wanita moden yang berdepan cabaran keseimbangan kerjaya, keluarga dan kesihatan, manakala TriBio Kids pula memberi tumpuan kepada kesihatan pencernaan, imunisasi serta perkembangan kognitif kanak-kanak melalui formulasi nutrisi yang lebih khusus dan selamat.

Pemilihan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai wajah rasmi jenama ini pula dilihat sebagai simbol nilai yang dibawa Labrich, iaitu wanita moden yang aktif, berkeyakinan dan mengutamakan kesejahteraan diri serta keluarga. Kerjasama ini diharap dapat memperkukuhkan lagi mesej bahawa kesihatan sebenar bermula dari dalam dan memberi impak menyeluruh kepada kehidupan seharian.

Secara keseluruhannya, Labrich terus komited dalam membangunkan penyelesaian kesihatan berasaskan sains yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada rawatan, tetapi juga pencegahan dan peningkatan kualiti hidup. Dengan pelancaran rangkaian produk baharu ini, jenama tersebut optimis untuk terus membantu lebih ramai individu mencapai kesejahteraan optimum serta menjadi versi terbaik diri mereka pada setiap fasa kehidupan.