McDonald’s Malaysia menyemarakkan sambutan Pesta Gawai dengan penganjuran acara Aram Begulai Ngabang Ba Mekdi di cawangan McDonald’s Bintulu Pandu Lalu, sebagai tanda penghargaan kepada komuniti Sarawak atas sokongan berterusan mereka.
Buat pertama kalinya, restoran McDonald’s dihias dengan elemen perayaan Gawai dan menjemput masyarakat tempatan untuk turut serta dalam semangat ‘ngabang’ tradisi kunjung-mengunjung yang menjadi simbolik sambutan ini.

Bagi memeriahkan sambutan, sebanyak 1,500 set Spicy Chicken McDeluxe diedarkan secara percuma kepada pengunjung yang hadir ke Aram Begulai Ngabang Ba Mekdi
“McDonald’s Malaysia percaya kekuatan kami adalah pada sokongan pelanggan. Acara ini adalah salah satu cara kami menyantuni komuniti dan menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat Sarawak,” ujar Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
Acara berlangsung meriah dengan persembahan Ngajat Induk, nyanyian artis tempatan seperti Tino Amee, Phoebe Chloe dan The Crew feat Philies, serta pertandingan pakaian tradisional. Para tetamu turut disajikan dengan 1,500 set Spicy Chicken McDeluxe secara percuma, selain pelbagai permainan berhadiah dan pertunjukan laser yang memukau pada sebelah malam.

Menambah lagi kemeriahan, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan tradisi dan nyanyian oleh selebriti tempatan
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan McDonald’s Malaysia dalam menyemarakkan perayaan budaya di seluruh negara. Sebelum ini, McDonald’s telah menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Raya Mekdi, dan Aramai Bersama Mekdi sempena Kaamatan.
Lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan turut dijalankan setiap tahun oleh McDonald’s Malaysia menerusi rangkaian lebih 370 restoran, membuktikan komitmen jenama ini dalam memberi kembali kepada komuniti daripada meraikan guru, warga emas, anak-anak yatim sehinggalah menyantuni komuniti masjid dan surau. – Tehtariktimes