‘Dari Dapur TEMU’ Nikmati Iftar Eksklusif dengan Pemandangan Menara Kuala Lumpur!

Raikan kedatangan Ramadan Al-Mubarak 1446 Hijrah dengan pengalaman berbuka puasa yang luar biasa di Menara Kuala Lumpur! Bermula dari 5 Mac hingga 28 Mac 2025, program ‘Dari Dapur TEMU’ akan membawa anda dalam perjalanan kulinari yang penuh citarasa tempatan. Nikmati lebih 200 jenis hidangan tradisional setiap hari di TEMU Utama, TH03, Menara Kuala Lumpur, dari jam 6.30 petang hingga 9.00 malam.

Hidangan Istimewa Ramadan

Selami pelbagai juadah yang pasti menggoda selera pengunjung Menara Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini, antaranya:

  • Kambing Golek Manja dengan perapan tradisional turun temurun
  • Lidah Lembu Bakar yang begitu lembut
  • Sup Power Rusuk Lembu, Urat Keting yang kaya rasa
  • Vietnamese Roll 288 dengan sos istimewa buatan sendiri
  • Shawarma Ayam d’TEMU yang begitu empuk dan sedap

Keistimewaan hidangan-hidangan ini tidak hanya terletak pada rasa, tetapi juga pada sentuhan chef-chef berbakat dari MKL Cuisine Sdn. Bhd., anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam penyediaan makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan.

Berbuka puasa di ketinggian 288 meter sambil menikmati panorama menakjubkan Kuala Lumpur adalah pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Saksikan matahari terbenam atau nikmati keindahan lampu-lampu kota dari puncak Menara Kuala Lumpur. Selain itu, pengunjung akan dihiburkan dengan muzik santai oleh ‘The Sky Band’, kumpulan muzik Menara Kuala Lumpur, yang akan memeriahkan suasana berbuka puasa setiap hari.

Tawaran Istimewa ‘Early Bird’ dan Akses PERCUMA

Menara Kuala Lumpur turut menawarkan tawaran ‘Early Bird’ yang sangat menarik, bermula dari sekarang hingga 31 Januari 2025. Bukan itu sahaja, pengunjung yang membeli pakej ‘Dari Dapur TEMU’ juga berpeluang menikmati tiket masuk PERCUMA ke tarikan-tarikan Menara Kuala Lumpur, termasuk Sky Deck, Pelantar Pemandangan TH01, dan TH04 (Observation Deck).

Tempah tawaran ‘Early Bird’ sebelum 31 Januari 2025 untuk menikmati harga istimewa:

Pakej

                 Hari Biasa                 (Isnin-Khamis)

Hari Minggu & Cuti Umum  (Jumaat-Ahad)

Dewasa

Kanak-kanak  (5-12 tahun)

Dewasa

Kanak-kanak    (5-12 tahun)

Harga ’Early Bird’ (sehingga 31 Januari 2025)

RM119

RM59 RM129 RM69
Harga Biasa RM169 RM89 RM189

RM99

“‘Dari Dapur TEMU’ pada tahun ini adalah pengalaman yang amat istimewa, kerana kami memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang luar biasa sambil meneroka keindahan Menara Kuala Lumpur – semua dalam satu pakej harga yang sangat berbaloi,” kata Encik Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

Menara Kuala Lumpur juga menyokong bulan Ramadan dengan melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), di mana anak-anak yatim, asnaf, pelajar madrasah, dan sekolah tahfiz sekitar Lembah Klang akan dijemput untuk bersama-sama berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran istimewa ‘Early Bird’ dan mencipta kenangan indah Ramadan di Menara Kuala Lumpur!

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan acara di Menara Kuala Lumpur, sila hubungi talian khidmat pelanggan di +603-2020 5421 atau lawati media sosial rasmi di @menarakl di Facebook, Instagram, dan TikTok, serta laman web kltower.com.my.