Pengunjung Everse 2026 bakal menikmati pengalaman seolah-olah berada di Genting Highlands apabila Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel, Trademark Collection by Wyndham, menyertai acara belia terbesar itu menerusi kerjasama antara NCT Group of Companies (NCT Group) dan SEGi University College. Acara yang berlangsung selama dua hari pada 18 dan 19 Julai di Hextar World, Empire City ini menghimpunkan pelbagai elemen budaya belia termasuk e-sukan, K-pop, cosplay, keusahawanan serta penciptaan kandungan digital.
Sepanjang acara berlangsung, pengunjung boleh mengunjungi booth khas Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel yang menampilkan pelbagai tarikan unik serta pengalaman interaktif. Booth tersebut memberi peluang kepada orang ramai mengenali lebih dekat keistimewaan kedua-dua hotel, termasuk bilik bertema, dek pemerhatian, Edge Skywalk Hoverland yang merupakan antara tarikan ikonik di bangunan altitud tertinggi, serta Hard Rock Cafe Genting Highlands.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan suasana. Antaranya ialah sesi bergambar dengan latar belakang Genting Highlands yang memaparkan hotel tersebut, cabaran “Guess the Destination” yang menguji pengetahuan mengenai destinasi pelancongan serta Mystery Box yang mengandungi pelbagai barangan berkaitan hotel untuk diteka oleh pengunjung.
Bersempena Everse 2026, orang ramai juga berpeluang menikmati tawaran eksklusif Rockstar Stay Package di 1001 Nights Hotel pada harga hanya RM488. Pakej istimewa ini merangkumi penginapan selama satu malam untuk dua orang berserta sarapan pagi, hidangan set untuk dua orang di Hard Rock Cafe Genting Highlands serta hadiah eksklusif daripada Hard Rock Cafe.
Selain itu, setiap pengunjung akan menerima kad cop sebaik tiba di acara bagi menyertai cabutan bertuah Everse Lucky Draw. Mereka yang berjaya melengkapkan ketiga-tiga aktiviti di booth Wyndham Ion Majestic Hotel akan menerima cop khas dan seterusnya layak membawa pulang hadiah percuma.

Naib Presiden Eksekutif Ion Majestic Hospitality Sdn Bhd merangkap Ketua Strategi Korporat dan Pembangunan Perniagaan NCT Group, Tee Yih Fung berkata, hospitaliti bukan sekadar menyediakan tempat penginapan tetapi mencipta pengalaman yang meninggalkan kenangan kepada setiap tetamu.
Menurut beliau, penyertaan di Everse 2026 memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali keunikan 1001 Nights Hotel dan Wyndham Ion Majestic Hotel sebagai antara destinasi yang wajib dikunjungi di Genting Highlands. Beliau turut menyifatkan nilai kreativiti, hubungan serta penemuan yang diketengahkan oleh Everse selari dengan pengalaman yang sentiasa ingin diberikan kepada setiap tetamu hotel.
Terletak di dalam pembangunan bersepadu Grand Ion Majestic milik NCT Group di Genting Highlands, Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel berada pada ketinggian kira-kira 6,000 kaki dari aras laut. Kedua-dua hotel ini menawarkan pemandangan tanah tinggi yang memukau bersama pelbagai kemudahan premium seperti rooftop sky pyramid tertinggi di Malaysia, kolam renang air panas, jambatan kaca berlantai lutsinar serta ruang acara moden yang menjadikannya destinasi ideal untuk percutian dan rekreasi.
Everse 2026 akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada 18 dan 19 Julai di Hextar World, Empire City. Acara ini dijangka menjadi tumpuan golongan muda dan keluarga yang ingin menikmati pelbagai aktiviti hiburan, teknologi, gaya hidup serta peluang eksklusif daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian.












