Safi membuka lembaran baharu menerusi pelancaran semula rangkaian Safi Youth Gold Rania dengan memperkenalkan kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang membawa mesej lebih dekat dengan realiti kehidupan wanita masa kini.
Kempen ini bukan sekadar memberi tumpuan kepada penjagaan kulit atau usaha untuk kelihatan muda, malah mengangkat makna keremajaan daripada sudut keyakinan, nilai diri dan kesejahteraan emosi wanita dalam setiap fasa kehidupan.
Pelancaran semula ini turut menyaksikan Safi Youth Gold Rania tampil dengan pembungkusan baharu serta formulasi yang dipertingkatkan menerusi teknologi Peptida Kolagen. Dalam usaha mengukuhkan komitmennya terhadap inovasi penjagaan kulit, Safi turut memperkenalkan PDRN Booster Repair Serum, serum PDRN Spicule Halal pertama di Malaysia, CycloPeptide Water Elixir yang menampilkan inovasi CycloPeptide pertama di Malaysia, serta Beauty Miracle Oil.

Lebih menarik, setiap inovasi ini dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan kulit wanita Malaysia dengan menggabungkan teknologi bertaraf global bersama pemahaman mendalam terhadap cabaran penjagaan kulit dalam iklim tropika. Pendekatan ini menjadi antara kelebihan utama Safi berbanding jenama lain di pasaran.
Disokong oleh ujian klinikal, rangkaian produk ini membantu menjadikan kulit tampak lebih anjal, cerah dan berseri dalam tempoh seawal tiga hari.
Safi turut mengembalikan nama ikonik Rania yang cukup sinonim dengan pengguna setianya sebagai simbol keyakinan, seri wajah dan kecantikan yang kekal relevan sepanjang masa.
Menurut Pakar Jenama dan Tinjauan Maklumat Safi Malaysia, Kazlina Mohd Kassim, produk penjagaan kulit untuk tanda-tanda penuaan sebelum ini sering dikaitkan dengan usaha membantu wanita kelihatan lebih muda. Namun, hasil maklum balas yang diterima menunjukkan ramai wanita sebenarnya merindui keyakinan, semangat dan rasa percaya terhadap diri sendiri yang pernah mereka miliki.
Beliau berkata, dalam kesibukan memenuhi pelbagai tanggungjawab dan keperluan orang sekeliling, ramai wanita sering terlupa untuk meluangkan masa menghargai dan menjaga diri sendiri.
Tambahnya lagi, inspirasi di sebalik kempen Semarakkan Seri Keremajaan lahir daripada komitmen berterusan Safi untuk memahami perjalanan hidup, aspirasi dan cabaran wanita Malaysia agar setiap inovasi serta inisiatif yang diperkenalkan benar-benar relevan dan mampu memperkasakan keyakinan mereka.
Menerusi kempen ini, Safi berharap dapat memperkasa wanita untuk menyemai semula kekuatan dalaman serta menyerlahkan kembali versi diri yang paling gemilang.
Bagi menghidupkan mesej kempen tersebut, Safi menjemput 100 wanita Malaysia berkongsi kisah peribadi mengenai ketabahan, pengorbanan dan perubahan hidup masing-masing. Daripada perkongsian itu, lima wanita dipilih untuk melalui perjalanan transformasi yang merangkumi kasih sayang terhadap diri, pembinaan keyakinan dan perkembangan peribadi.
Kisah mereka kemudiannya dipaparkan menerusi siri kandungan berinspirasikan realiti yang bertujuan memberi semangat kepada wanita di seluruh negara. Antara kisah yang diketengahkan termasuk cabaran jurang usia pasangan, realiti sebagai ibu sepenuh masa, perubahan selepas bergelar ibu, kehidupan sebagai ibu tunggal serta perjalanan membina semula keyakinan diri.
Dalam perkembangan sama, pelakon dan usahawan terkenal, Fasha Sandha diumumkan sebagai duta jenama baharu Safi Youth Gold Rania. Pemilihannya dibuat berdasarkan ketabahan, keaslian serta kekuatannya sebagai wanita moden yang terus bangkit menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

Menurut Kazlina, Fasha merupakan personifikasi wanita Malaysia masa kini yang tabah, berdikari dan berani tampil dengan jati diri sebenar. Perjalanan hidupnya mencerminkan aspirasi Semarakkan Seri Keremajaan bahawa setiap wanita berhak menemui semula keyakinan diri dan menyerlah dengan cara tersendiri.
Kempen ini turut diperkukuhkan dengan nafas baharu lagu ikonik Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor yang diolah semula liriknya sebagai simbol perjalanan wanita untuk kembali mengenali diri sendiri. Lagu tersebut membawa mesej bahawa walau apa juga cabaran yang pernah dilalui, fasa paling bersinar dalam kehidupan seseorang wanita tidak semestinya sudah berlalu.
Menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan, Safi Youth Gold Rania terus menginspirasikan wanita Malaysia untuk menghargai diri, meraikan keunikan masing-masing serta menyemarakkan keyakinan dari dalam. Bagi Safi Youth Gold Rania, seri sebenar bukan sekadar tentang kelihatan muda, tetapi menjadi versi diri yang paling yakin dan gemilang.











