Tonton hari ini memperkenalkan dua nama yang tidak asing lagi dalam radar peminat drama tempatan, Tracie Sinidol dan Jazmy Juma, sebagai wajah baharu platform itu. Pengumuman tersebut hadir bersama pelancaran kempen terbaharu bertajuk “Takde Tonton, Tak Nak Kawan,” yang memberi fokus kepada penonton generasi muda serta mengukuhkan kedudukan Tonton sebagai norma sosial baharu dalam hiburan digital.
Menjelang tahun 2026, Tracie dan Jazmy akan menerajui pelbagai inisiatif dan aktiviti jenama Tonton, dengan kempen “Takde Tonton, Tak Nak Kawan” sebagai permulaan. Kempen ini mengetengahkan Tonton sebagai destinasi hiburan yang lebih menyeronokkan, berani dan menjadi ruang untuk berkongsi detik menonton bersama rakan-rakan.
Pemilihan kedua-dua bintang ini tidak menghairankan. Mereka sebelum ini mencetuskan fenomena besar melalui drama popular Hilang Dalam Rindu, yang sehingga kini kekal sebagai antara gandingan paling diingati peminat. Tracie terus mencuri perhatian sebagai pelakon meningkat naik dengan pengaruh digital yang kuat, manakala Jazmy muncul sebagai salah satu bakat lelaki muda paling hangat diperkatakan tahun ini. Keserasian mereka, bersama persona dan daya tarikan masing-masing, menjadikan duo ini pilihan tepat untuk jiwa penonton muda.
Aura ceria dan personaliti mereka menjadikan mereka individu yang sesuai untuk membawa semangat baharu Tonton dalam usahanya mendekati golongan penonton muda yang kini mendominasi tontonan digital. Mereka tampil bukan sekadar sebagai wajah rasmi, tetapi sebagai jambatan yang menghubungkan Tonton dengan generasi penonton baharu dengan lebih berkesan.
Tonton turut menawarkan pengalaman penstriman tanpa bayaran dan pilihan langganan mampu milik melalui Tonton Up pada harga hanya RM9.90 sebulan. Pelan ini memberi akses kepada kandungan premium yang boleh ditonton pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Dengan wajah baharu, tenaga baharu dan visi yang lebih segar, Tonton bersedia melangkah ke tahun 2026 sebagai platform hiburan yang semakin dekat dengan anak muda Malaysia sambil terus menghargai penonton setianya. Penonton boleh menjangkakan lebih banyak pengumuman dan aktiviti menarik melibatkan Tracie dan Jazmy dalam waktu terdekat.
Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan kegemaran anda, ikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram di @tontonmy.