TehTarikTimes

News, Entertainment and Lifestyles

Peminat Coklat Wajib Cuba! Hock Kee Kopitiam Lancar Menu Baharu Bersama KITKAT

Barisan pengurusan Hock Kee Kopitiam dan Nestle Professional bergambar bersama replika menu baharu Made With KITKAT

Kerjasama Kreatif Hock Kee Kopitiam dan KITKAT Perkenal Enam Sajian

Jenama kopitiam tempatan yang berasal dari Johor Bahru, Hock Kee Kopitiam, menjalin kerjasama kreatif bersama “Made With” KITKAT bagi membawakan keenakan coklat serta kerangupan wafer ikonik itu ke dalam rangkaian sajian tempatan. Mula ditawarkan di semua cawangan Hock Kee sejak 19 November 2026, kolaborasi ini menggabungkan budaya santai kopitiam rakyat Malaysia dengan semangat “Have a Break, Have a KITKAT” menerusi enam pilihan menu baharu yang terdiri daripada empat minuman dan dua hidangan manis.

Gabungan Kopi Klasik dan Kerangupan Coklat di Hock Kee Kopitiam

Rangkaian menu baharu ini mengetengahkan kontras rasa dan tekstur unik pada hidangan klasik kegemaran ramai seperti kopi, teh dan roti bakar. Antara tarikan utamanya ialah Hor Ka Sai Special yang menyatukan kepekatan kopi tempatan dengan kelembutan coklat KITKAT, serta Matcha Cocoa Bliss yang mengimbangi rasa matcha bersama keenakan coklat. Selain itu, pelanggan turut berpeluang menikmati Cocoa Crunch Latte, Sai Ka Hor Special, Cocoa Delight Croissant, dan Cocoa Crumble Toast yang direka khas untuk memberi kelainan menyegarkan di meja makan.

Poster enam pilihan minuman dan sajian manis kolaborasi Hock Kee Kopitiam bersama KITKAT lengkap dengan harga

Demonstrasi Penyediaan Menu Baharu di Cawangan Hock Kee Kopitiam

Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng, menyifatkan kerjasama ini sebagai peluang terbaik untuk meraikan identiti cita rasa Malaysia sambil menawarkan pengalaman baharu buat pelanggan setia mahupun pengunjung kali pertama. Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional bagi Malaysia dan Singapura, Yit Woon Lai, berkata keaslian Hock Kee dalam mengekalkan tradisi kopitiam di samping keterbukaan mereka meneroka inovasi rasa menjadi faktor utama pemilihan jenama tersebut untuk kolaborasi ini.

Majlis pelancaran rasmi yang berlangsung di Makan-Makan by Hock Kee, Bangsar South, turut dimeriahkan dengan sesi demonstrasi penyediaan menu secara langsung oleh Chef Yap Wai Keong daripada Nestle Professional bersama Pengurus Operasi Bar Hock Kee, Hanipah Abdul Rahman dan penolongnya, Sugiando. Orang ramai kini boleh mengunjungi cawangan Hock Kee Kopitiam berhampiran untuk merasai sendiri gabungan cita rasa kopitiam dan keistimewaan coklat KITKAT ini.