Samsung Rai 20 Tahun Sebagai Jenama TV No.1 Dunia Dengan Barisan Vision AI 2026

Samsung Malaysia memperkenalkan barisan penuh TV 2026 yang menampilkan gabungan teknologi kecerdasan buatan (AI) terkini merangkumi model premium Micro RGB, OLED dan Neo QLED serta model arus perdana Mini LED dan UHD. Pelancaran ini turut bersempena ulang tahun ke-20 Samsung sebagai jenama TV No.1 dunia, sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan syarikat dalam memperluaskan pengalaman hiburan rumah yang lebih pintar, imersif dan diperibadikan kepada pengguna.

Menjelang tahun 2026, Samsung menetapkan hala tuju baharu dengan menjadikan AI sebagai komponen utama dalam pengalaman tontonan. Menerusi pengenalan Samsung Vision AI, syarikat itu kini memperluaskan fungsi Vision AI Companion (VAC) ke seluruh barisan TV resolusi 4K dan ke atas. Pendekatan ini membolehkan lebih ramai pengguna menikmati manfaat teknologi AI tanpa mengira kategori TV, saiz skrin mahupun keperluan penggunaan mereka.

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Charles Kim berkata barisan TV AI 2026 mencerminkan visi syarikat untuk menjadikan hiburan rumah pintar dan ekosistem rumah yang lebih terhubung mudah diakses oleh pengguna tempatan. Menurut beliau, TV bukan lagi sekadar skrin paparan tetapi kini berfungsi sebagai rakan pintar yang mampu memahami dan menyesuaikan pengalaman hiburan mengikut gaya hidup pengguna.

Vision AI Companion dibangunkan sebagai pendamping hiburan pintar dengan menggabungkan pelbagai platform AI Samsung seperti Bixby, Perplexity dan Microsoft Copilot. Integrasi ini membantu pengguna membuat pilihan hiburan, audio serta cadangan kandungan mengikut cita rasa masing-masing. Pada masa sama, pelbagai fungsi pintar turut ditawarkan termasuk AI Upscaling Pro yang meningkatkan kualiti kandungan resolusi rendah, Color Booster Pro yang memperkayakan warna, AI Soccer Mode untuk pengalaman sukan lebih imersif serta AI Sound Controller Pro yang mengoptimumkan audio secara masa nyata.

Samsung turut memperkenalkan teknologi Micro RGB sebagai generasi baharu paparan premium yang mengutamakan ketepatan warna, kecerahan dan pengalaman visual lebih mendalam. Ditawarkan menerusi siri R95H dan R85H dalam saiz sehingga 115 inci, teknologi ini menggunakan LED mikro merah, hijau dan biru dengan kawalan individu bagi menghasilkan pencahayaan lebih tepat serta warna lebih semula jadi. Teknologi Glare Free turut membantu mengurangkan gangguan pantulan cahaya untuk pengalaman tontonan yang lebih jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Bagi segmen OLED pula, Samsung memperluaskan penawaran menerusi model S95H, S90H dan S85H yang direka untuk memenuhi pelbagai keutamaan pengguna. Ciri Glare Free kini diperluaskan kepada lebih banyak model bagi memastikan paparan warna hitam yang lebih mendalam serta visual yang kekal jelas dalam ruang terang. Model flagship S95H turut menampilkan ciri premium seperti Pantone Validated ArtfulColor dan Art Store yang membawa pengalaman seni digital lebih autentik ke ruang kediaman.

Samsung juga tidak melupakan komuniti permainan video dan peminat sukan. TV OLED baharu hadir dengan Ultimate Gaming Pack yang menawarkan Motion Xcelerator 165Hz, sokongan VRR termasuk AMD FreeSync Premium Pro dan NVIDIA G-SYNC Compatible untuk pengalaman permainan lebih responsif. Pada masa sama, AI Soccer Mode Pro membantu meningkatkan pengalaman menonton bola sepak dengan visual serta audio yang dioptimumkan secara automatik.

Dalam usaha memperluaskan pengalaman seni ke ruang tamu pengguna, Samsung turut menampilkan siri The Frame yang kini menerima pelbagai penambahbaikan. Pengguna boleh menikmati akses kepada lebih 5,000 karya seni melalui Art Mode serta pengalaman yang lebih diperibadikan menerusi Vision AI Companion. The Frame Pro pula hadir dengan teknologi Neo QLED dan Wireless One Connect untuk pemasangan lebih kemas dan elegan.

Barisan Neo QLED Samsung 2026 turut dipertingkatkan dengan gabungan teknologi AI dan Quantum Mini LED bagi menghasilkan kawalan cahaya lebih tepat, kontras lebih mendalam serta warna yang lebih konsisten. Model QN80H dan QN70H tersedia dalam pelbagai saiz dan disahkan sebagai Real QLED TV oleh TÜV Rheinland. Ciri seperti NQ4 AI Processor dan teknologi 4K Upscaling pula membantu mengoptimumkan pengalaman tontonan mengikut jenis kandungan.

Samsung turut memperluaskan teknologi Mini LED kepada lebih ramai pengguna menerusi model M80H dan M70H yang memberi fokus kepada pengalaman tontonan pintar yang lebih mampu dimiliki. M80H hadir dengan pelbagai fungsi AI termasuk Motion Xcelerator 144Hz dan NQ4 AI Gen2 Processor manakala M70H menawarkan pengalaman visual lebih dinamik dengan Mini LED HDR serta Motion Xcelerator.

Bukan sekadar televisyen, Samsung turut memperkenalkan barisan Q-Series Soundbar baharu yang diketuai model HW-Q990H bagi melengkapkan pengalaman hiburan rumah. Soundbar ini menawarkan sistem audio 11.1.4 saluran dengan teknologi Sound Elevation dan integrasi Dolby Atmos untuk pengalaman audio lebih realistik dan sinematik.

Samsung juga memperkukuhkan ekosistem hiburan rumah dengan pengenalan Music Studio 7 dan Music Studio 5 yang menggabungkan reka bentuk moden bersama prestasi audio premium. Selain itu, sokongan Google Cast serta integrasi Google Photos pada model TV terpilih membolehkan pengguna menikmati pengalaman lebih fleksibel dan diperibadikan terus dari peranti mudah alih mereka.

Sempena pelancaran ini, Samsung turut menawarkan promosi khas sehingga 31 Mei 2026 kepada pelanggan yang membeli model TV AI Samsung 2026 terpilih. Pelbagai hadiah eksklusif ditawarkan termasuk telefon pintar, tablet, konsol permainan serta ganjaran tambahan Touch ‘n Go eWallet bagi pembelian bersama soundbar terpilih.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, pengguna boleh melayari laman rasmi Samsung Malaysia atau pengedar sah di seluruh negara.