Sajian Imbauan Desa 2026: Hidangan Melayu Klasik dan Modern Untuk Semua Generasi

Sempena bulan Ramadan yang mulia, dua restoran terkenal, Gajah Tiga dan Farmer Village, buat julung kalinya bergabung untuk mempersembahkan Sajian Imbauan Desa, sebuah buffet berbuka puasa yang istimewa. Buffet ini menawarkan lebih 70 hidangan warisan Melayu yang menggamit kenangan dan suasana kebersamaan bersama keluarga serta rakan-rakan.

Sajian Imbauan Desa menampilkan masakan tradisional Melayu ala kampung yang dekat dengan selera pelanggan sempena Ramadan. Antara menu utama yang menjadi tumpuan ialah Cucur Udang Gajah Tiga, Rendang Tok, Ayam Masak Lemak Cili Api, Gulai Daging Kawah, Sate Ayam dan Daging, Tempoyak Pucuk Ubi, serta Kambing Golek. Selain itu, buffet ini turut menampilkan menu pembuka selera seperti Gado-Gado dan pelbagai kerabu termasuk Kerabu Pegaga dan Kerabu Ikan Bilis.

Tidak ketinggalan, hampir 20 jenis kuih tradisional dan pencuci mulut turut disediakan untuk menambah kemeriahan Ramadan. Antara pilihan pencuci mulut yang lazat ialah Pengat Pisang, Bubur Pulut Hitam, Coconut Brownies, Roti Jala, Cucur Jawa, Bingka Ubi, Talam Cendol, Aneka Rojak Buah, serta aiskrim.

Pengasas Farmer Village, Dato’ Peter Ng, menjelaskan bahawa kerjasama ini bertujuan untuk menawarkan variasi pilihan yang lebih unik dan menarik kepada pengunjung. Menurut beliau, “Kerjasama ini terjalin dengan hasrat untuk menggabungkan kepakaran kedua-dua pihak. Ini merupakan kali pertama Farmer Village menganjurkan Buffet Ramadan dengan konsep bertemakan Suasana Bazar Ramadan yang menggamit memori dan kemeriahan bulan puasa.” Beliau menambah, lokasi Farmer Village direka sebagai ruang rekreasi yang boleh dinikmati oleh tiga generasi serentak, menawarkan gabungan makanan, minuman, dan suasana santai untuk seisi keluarga.

Pengarah Syarikat Gajah Tiga, Nazri Hendra pula berharap kerjasama ini dapat menaikkan nama kedua-dua restoran dalam arena masakan Melayu. “Gajah Tiga Cafe bermula dengan sekumpulan kecil yang mempunyai semangat dan minat yang sama untuk memartabatkan masakan tradisional Melayu serta memberi nafas baharu melalui R&D. Idea kerjasama ini timbul daripada Dato’ Peter yang mencari rakan kongsi dengan matlamat sama untuk Ramadan kali ini. Saya berharap kerjasama ini dapat mengangkat nama Gajah Tiga dan Farmer Village,” ujar beliau.

Buffet Ramadan Sajian Imbauan Desa akan bermula pada 23 Februari 2026. Harga seorang bermula dari RM78 hingga RM128, manakala 1,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan awal bakal menikmati harga istimewa ‘early bird’ serendah RM68 hingga RM98. Tempahan dan pertanyaan boleh dibuat melalui nombor 012-725 9113 / 012-747 9113 atau melalui pautan WhatsApp rasmi Farmer Village di https://wa.me/message/RUP34T3L32FPB1.

Mengenai Farmer Village, syarikat ini diasaskan oleh Dato’ Peter Ng, seorang pemaju hartanah berpengalaman, dan terletak di atas tanah seluas 60 ekar. Sepuluh ekar daripadanya diperuntukkan untuk pembangunan Farmer Village, manakala baki kawasan untuk pembangunan pangsapuri dan ruang komersial. Farmer Village juga berkait rapat dengan jenama Uncle Farmer.

Mengenai Gajah Tiga, Gajah Tiga Cafe bermula pada 2014 di Taman Maluri dengan visi menyediakan makanan tempatan lazat dalam suasana tenang dan selesa. Kini, setelah berpindah ke Hotel Maluri, Gajah Tiga menawarkan lebih daripada 100 jenis makanan dan minuman setiap hari.

Disediakan oleh: LR Lookreative Sdn. Bhd.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Ieka di +6019-2670364