KONSERT MUZIK KITA DIJADUALKAN SEMULA KE DISEMBER 2025

Menggabungkan barisan artis popular tanah air, sistem bunyi bertaraf antarabangsa, dan konsep persembahan unik yang meraikan muzik tempatan, Konsert ‘Muzik Kita’ sememangnya menjadi antara acara paling dinanti peminat pada tahun ini. Namun, bagi memastikan setiap detik persembahan mencapai tahap kualiti tertinggi, pihak penganjur Hard Global Ventures mengumumkan bahawa konsert ini akan dijadualkan semula ke Disember…

Read More

Menara KL Sambut Ambang Merdeka 2025 dengan Pertunjukan Bunga Api 360 Darjah

Pada 30 Ogos 2025, Menara Kuala Lumpur sekali lagi bakal menjadi lokasi tumpuan utama sambutan Malam Ambang Merdeka. Tahun ini, pengunjung akan disajikan panorama malam yang penuh warna dan memukau dengan pertunjukan bunga api 360 darjah dari tiga lokasi pelancaran serentak , pertama kali dalam sejarah Menara Kuala Lumpur. Acara ini adalah sebahagian daripada usaha…

Read More

Di Kemuncak Kerjaya, Khadijah Ibrahim Galak Artis Muda Terokai Dunia Perniagaan

Penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, menyeru selebriti muda Malaysia agar tidak hanya bergantung kepada dunia hiburan semata-mata, sebaliknya mula merancang masa depan dengan menyertai bidang keusahawanan selagi nama mereka masih relevan dan dikenali ramai. Menurut beliau, dunia hiburan bersifat tidak kekal dan boleh berubah pada bila-bila masa. Justeru itu, populariti yang dimiliki wajar…

Read More

Seribu Cerita, Satu Panggung: Hael Husaini & Repertoire

Penyanyi, komposer, dan pemenang pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa, Hael Husaini, akhirnya merealisasikan impian yang dinantikan selama lebih sedekad dengan penganjuran konsert solo sulung bertajuk “Hael Husaini & Repertoire”. Dibawakan eksklusif oleh Astro bersama Rocketfuel Entertainment, konsert ini berlangsung di Zepp Kuala Lumpur sebagai sebuah perayaan seni yang menghimpunkan karya terbaik Hael sepanjang 11 tahun…

Read More

Konsert “Eternal Love, Timeless Romance” bersama BCL dan Fajar – Promosi Istimewa untuk Anda!

Peminat pasti teruja dengan pengesahan penyanyi muda berbakat dari Indonesia, Fajar, sebagai artis jemputan khas dalam konsert Bunga Citra Lestari bertajuk “Eternal Love, Timeless Romance” yang akan berlangsung pada 27 September 2025 di Plenary Hall, KLCC. Selain Fajar, konsert tersebut juga menampilkan persembahan hebat daripada Jaclyn Victor dan Dennis Lau, bersama kehadiran BCL yang pasti…

Read More

DATO’ AISHAH Lancar Single Terbaru “Taman Keabadian” Ciptaan Senna

Nama Dato’ Aishah tidak asing lagi dalam dunia muzik Malaysia dan antarabangsa. Selepas hampir empat dekad mencipta sejarah sebagai penyanyi legenda dengan deretan lagu balada malar segar, beliau kini kembali dengan hadiah istimewa untuk peminat – single terbaharu berjudul “Taman Keabadian”, ciptaan komposer berbakat besar, Senna. Karya ini sarat dengan penghayatan, emosi mendalam, dan mesej…

Read More

Harris J & Maher Zain Dalam EP Terbaru ‘Revival’

Penyanyi dan penulis lagu kelahiran Britain, Harris J, kini berada di Kuala Lumpur bagi mempromosikan EP terbarunya berjudul Revival dalam sebuah sesi promosi eksklusif.Diterbitkan oleh Awakening Music, album ini menjadi simbol kembalinya Harris J ke dunia muzik selepas beberapa tahun menyepi, melambangkan kelahiran semula dari segi peribadi dan kerjayanya. Mengandungi enam lagu, Revival mengangkat tema…

Read More

Craig David Gegar Kuala Lumpur dengan Konsert Eksklusif “Craig David Presents TS5” pada 10 November 2025

Raja R&B dan UK Garage dari United Kingdom, Craig David, akan kembali memukau peminat Malaysia melalui konsert eksklusif “Craig David Presents TS5: Live in Kuala Lumpur” pada 10 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Konsert ini istimewa kerana ia menandakan kemunculan semula Craig David ke Malaysia selepas lebih 10 tahun, mengubat rindu para…

Read More

BUNGA LANCAR ALBUM PERTAMA “SEHARUM NAMA” – TRANSISI KEMATANGAN DALAM MUZIK

Perjalanan seni Bunga sejak 2019 kini mencapai satu lagi pencapaian besar dengan pelancaran album sulungnya berjudul “Seharum Nama – Bunga”, yang boleh didengar di semua platform digital mulai 8 Ogos 2025. Album ini menampilkan 10 buah lagu yang menggambarkan evolusi dan kematangan dirinya sebagai seorang penyanyi dan pengkarya muzik. Bunga meluahkan rasa syukur dan bangga…

Read More