KEUTAMAAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JKKN WPKL) 2024

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2024 — JKKN telah melaksanakan pelbagai peranan dan inisiatif dalam mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni budaya dalam kehidupan serta memupuk semangat perpaduan antara kaum. Program-program yang dilaksanakan juga sebahagian daripada medium pembangunan modal insan ke arah melahirkan masyarakat yang mengamalkan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam membentuk perpaduan dan keharmonian. Sepanjang tahun 2024, pelbagai program telah dan akan berlangsung di bawah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL).

1. Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur (FPM@KL) 2024

Program utama JKKN WPKL di bawah Program Pelancongan Budaya yang

dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Permainan Tradisional Malaysia (SUTRA). FPM@KL 2024 akan berlangsung pada 13 hingga 16 September 2024 di Dataran Merdeka. Penganjuran festival pada tahun ini memasuki edisi ke-9 sejak dianjurkan pada tahun 2015. FPM@KL 2024 merupakan salah satu program yang akan diadakan di peringkat negeri dengan mengangkat keunikan seni budaya setempat, khususnya permainan Malaysia. Program ini bakal menampilkan keunikan permainan tradisional Malaysia dan juga akan disokong oleh pelbagai pengisian lain seperti Kejohanan Tarik Tali Kelab-Kelab Dunia, kejohanan Kabaddi, tarian singa, persembahan pentas, Nusantara Fun Run, Obstacle Extreme Challenge, Kejohanan Gasing Malaysia, sukan lastik, memanah dan menyumpit tradisional, bacaan puisi, serta jualan dan pameran oleh agensi kerajaan dan swasta.

2.     Festival Tari Malaysia 2024 Zon Tengah

Festival Tari Malaysia telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (KPKK) sejak tahun 1992. Sehingga 1999 penyertaan Festival Tari Malaysia hanya terbuka kepada kumpulan profesional atau kumpulan yang diwujudkan secara tetap. Mutai tahun 2000 penyertaan Festival Tari Malaysia telah diperluaskan kepada kumpulan amatur di seluruh negara. Penyertaan terbuka kepada Koreografer Kumpulan Kesenian Kerajaan Negeri, Koreografer Syarikat Tari Profesional berdaftar, Koreografer Kumpulan BBK berdaftar dan Koreografer Kumpulan kesenian IPTA/IPTS berkaitan tarian kreatif dan rampaian tradisional Malaysia sebelum menyertai Pertandingan Tarian Peringkat Negeri 2023. Festival Tari Malaysia Peringkat Zon Tengah 2024 merupakan satu landasan bagi mengenalpasti kumpulan yang akan dipilih dari WP Kuala Lumpur dan Selangor untuk bertanding di peringkat kebangsaan sempena Festival Tari Malaysia 2025.

3.      Bintang Asli Remaja 2024

Bintang Asli Remaja Kebangsaan merupakan satu program tahunan yang telah diadakan sejak tahun 1996. Program yang bercorak pertandingan dikalangan remaja ini diadakan kerana menyedari tentang keunikan Lagu Metayu Asli yang merupakan salah satu dari cabang Kesenian Melayu yang mempunyai keindahan tersendiri dari aspek melodi dan liriknya. Beberapa orang artis telah dilahirkan melalui program ini antaranya Syura, Siti Nordiana, Syikin, Dayang Nurfaizah, Saiful Malaysian Idol, Aliff Azfar, Farawahida, Asmidar, Azizul Haqim, Hazraniza Dollah. JKKN WP Kuala Lumpur akan mengadakan pertandingan di peringkat negeri untuk mencari wakil bagi mewakili negeri (seorang lelaki dan seorang wanita) bagi berentap pada Bintang Asli Remaja Kebangsaan pada Oktober 2024.

4.      Colours of Malaysia (COM)

Program COM telah dilaksanakan pada 25 Mei 2024 di KLCC, Kuala Lumpur. COM bertujuan untuk meperkenalkan kumpulan kesenian jabatan dan repertoir tarian tarian tradisi Malaysia kepada khalayak pelancong dalam dan luar negara yang biasanya dilaksanakan di tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

5.    Bengkel Pemasaran dan Penajaan Seni Budaya 2024

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan NGO Seni Budaya dalam mempromosikan program-program yang dilaksanakan dan memberi pendedahan tentang strategi mendapatkan penajaan daripada syarikat-syarikat korporat. Bengkel ini telah diadakan pada 26 Mac 2024 di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur, melibatkan 36 peserta dan dua (2) penceramah iaitu Encik Mohamad Letfee bin Ahmad, mantan Pengurus Berita Bemama, dan Encik Shamsul Bahrin bin Zainuzzaman, Pengarah dan Pengasas

LOCCO.

6.     Program Bimbingan Hujung Minggu 2024

PBHM 2024 merupakan program perkongsian ilmu berkaitan seni budaya tradisional dan moden bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan masyarakat terhadap

215

kesenian Malaysia yang secara tidak langsung dapat menyemarakkan aktiviti seni budaya di Kompleks JKKN WPKL. Program ini bermula pada tahun 2023 dijalankan setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan dikendalikan oleh jurulatih yang dilantik oleh JKKN WPKL. Tahun ini, bidang muzik (gamelan) dan tari ditawarkan kepada kanak-kanak berusia 7-17 tahun.

Program Pusat Bimbingan Seni Budaya (PuBSB)

PuBSB mula dilaksanakan pada tahun 2015. Secara umumnya program ini dilaksanakan di penjara / sekolah pemulihan / komuniti Orang Asli. JKKN WPKL melaksanakan aktiviti bimbingan seni budaya dalam bidang tari kepada Sekolah Koreksional / Sekolah Pemulihan Akhlak sebagai sesi terapi mengikut modul selama empat (4) bulan. Program ini dilaksanakan di sekolah koreksional / pusat pemulihan akhlak dengan menggunakan khidmat Jurulatih dan Modul Bimbingan serta khidmat nasihat yang disediakan oleh JKKN. Jumlah penglibatan peserta bergantung kepada sekolah untuk menentukan pelatih yang sesuai.

8.       Kelab Tunas Budaya (KTB) dan Kelab Giat Budaya (KGB)

KTB & KGB merupakan program Pengajaran dan Pembelajaran Modul Seni Tari, Muzik, Teater, Silat, Gasing dan Seni Berbahasa oleh Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) kepada pelajar sekolah rendah (KTB) dan menengah (KGB) yang dilaksanakan selama dua (2) tahun di enam (6) buah sekolah selama enam (6) bulan setahun. Setiap sekolah hanya ditawarkan satu (l) bidang kesenian yang ditetapkan oleh JKKN Negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Diakhir pembelajaran, pelajar akan dinilai melalui ujian teori dan amali bagi mengukur tahap kemahiran, kreativiti dan prestasi peserta.

9.        Kumpulan Satelit Seni Budaya

Kumpulan Satelit Seni Budaya merupakan program latihan kepada golongan muda mempelajari dan memahami seni tari tradisi Malaysia. Kumpulan ini merupakan persediaan jabatan untuk mencari pelapis kepada Kumpulan Kesenian JKKN yang sedia ada.

10. Budi@Seni: Inspirasi Generasil (I.GEN)

Budi@Seni: Inspirasi Generasi (I-Gen) merupakan program perkongsian ilmu dan pemahaman berkenaan nilai-nilai murni, budi bahasa, budaya tinggi dan pembentukan jati diri serta semangat patriotisme di dalam diri remaja. Program ini menggalakkan penerapan dan penguasaan amalan nilai-nilai murni dan budaya di peringkat sekolah menengah atau komuniti. Program ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada generasi baharu dalam meningkatkan semangat patriotisme dan semangat kecintaan serta kesetiaan kepada negara. Salah satu usaha untuk pemerkasaan dan pendedahan kepada golongan pelajar melalui penglibatan individu yang diangkat sebagai Ikon Negara.

 

  1. Insentif Seni

Insentif Seni JKKN merupakan penjenamaan beberapa bentuk bantuan dan perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh JKKN kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seni budaya dan penggiat seni budaya bagi menambah upaya mereka untuk melaksanakan program dan aktiviti berkaitan seni budaya. Terdapat empat (4) insentif kepada NGO dan penggiat seni di dalam membangunkan dan mengembangkan seni budaya iaitu:

Insentif Seni Kewangan  Insentif Seni Ruang

  • Insentif Seni Kepakaran
  • Insentif Seni Promosi

12.    Hub Maklumat Seni Budaya

JKKN juga mempunyai Pusat Sumber Seni Budaya (PSSB) JKKN yang boleh dijadikan sebagai salah satu pusat rujukan seni budaya oleh institusi pendidikan/komuniti/masyarakat. Selain itu juga, JKKN menyediakan maklumat seni budaya digital seperti Portal Pemetaan Budaya dan Rumah Seni yang boleh diakses oleh masyarakat.

13. Perantisan Seni 2024

Program Perantisan Seni adalah program ke atas penggiat berbentuk latihan dengan bimbingan tokoh perantis melalui pembelajaran kemahiran kesenian tradisional yang disasarkan bagi tujuan memelihara dan mengekalkan kesenian tradisional bagi melahirkan pewaris dan pelapis dalam kesenian yang dipilih. Pada tahun ini, JKKN WPKL telah memilih seni opera Cina (nyanyian). Latihan dilaksanakan selama 25 jam dalam tempoh 6 bulan bermula Mei hingga Ogos 2024.

Penutup

JKKN WPKL juga sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak yang memohon khidmat nasihat dalam penganjuran program berharap semua program ini dapat memberikan impak yang positif kepada masyarakat dalam usaha memartabatkan seni budaya Malaysia.

Dengan ini, JKKN WPKL mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program-program ini. Kami mengharapkan sokongan berterusan daripada masyarakat dan semua pihak berkepentingan untuk memastikan kejayaan dan kelestarian seni budaya negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *