TehTarikTimes

News, Entertainment and Lifestyles

Bukan Sekadar Content! Pempengaruh Malaysia Bakal Berentap Dalam All Star Championship 2026

Siapa sangka personaliti yang selama ini terkenal dengan pelbagai kandungan menarik di media sosial kini bersedia untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam gelanggang tinju sebenar?

Seramai 34 pempengaruh dari sembilan negara bakal bertembung menerusi All Star Championship 2026 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 17 Oktober 2026, bermula jam 1.00 petang hingga 11.00 malam.

Kejohanan ini bukan sekadar mempertemukan nama-nama popular dalam dunia digital, sebaliknya bakal menguji sejauh mana keberanian, disiplin dan ketahanan mereka apabila berdepan lawan secara langsung.

Lebih menarik, peminat tidak perlu berada di lokasi kejohanan untuk menyaksikan aksi tersebut kerana Tonton tampil sebagai rakan penstriman rasmi dengan menawarkan siaran langsung eksklusif menerusi Pay-Per-View (PPV) pada harga hanya RM10.

Dengan bayaran berkenaan, penonton dari Malaysia mahupun luar negara boleh mengikuti setiap perlawanan menerusi aplikasi Tonton atau platform penstriman rasminya.

Apa yang menjadikan All Star Championship 2026 lebih menarik adalah penyertaan personaliti media sosial yang mempunyai gaya, karakter dan pengikut tersendiri.

Daripada menghasilkan kandungan untuk tontonan ramai, mereka kini perlu membuktikan kemampuan dalam situasi yang jauh berbeza apabila kekuatan fizikal, strategi dan ketahanan mental menjadi penentu kejayaan.

Antara wakil Malaysia yang bakal mencuri perhatian ialah Azrai atau Azrai The Ace, Khairul yang dikenali sebagai Ray Drac, Fariq Fifth Yonko, Danzzllyy The Surgeon, Tawan Im, Royysparks dan Fareez The Chosen One.

Turut menyertai kejohanan ini ialah Mikha, Ijatstyle The Monkey, Dani The Cheeky Boy, Ceman The Zahh, Supermir dan Jai yang masing-masing bersedia membawa cabaran tersendiri.

Kehadiran barisan pempengaruh tempatan ini pastinya menjadi tarikan kepada peminat yang ingin melihat sama ada personaliti kegemaran mereka mampu mengekalkan keyakinan ketika berdepan tekanan sebenar di gelanggang.

Bukan Malaysia sahaja, kejohanan ini turut menampilkan peserta dari Indonesia, Singapura, Vietnam, Jepun, Pakistan, Maghribi, India dan Filipina.

Dengan sembilan negara mengambil bahagian, persaingan dijangka semakin menarik apabila setiap peserta hadir dengan misi sama, iaitu menewaskan lawan dan memburu gelaran juara.

Persiapan intensif yang dilalui para peserta sebelum kejohanan turut menambahkan lagi debaran, khususnya apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan cabaran sukan tempur yang memerlukan latihan serta disiplin tinggi.

Gabungan elemen hiburan, personaliti popular dan aksi tinju menjadikan All Star Championship 2026 sebuah acara yang berbeza daripada pertandingan sukan biasa.

Bagi peminat yang mahu menyaksikan sendiri siapa paling hebat dalam kalangan pempengaruh ini, siaran langsung eksklusif boleh ditonton pada 17 Oktober 2026 dari jam 1.00 petang hingga 11.00 malam.

Akses PPV boleh didapati dengan harga RM10 menerusi aplikasi Tonton atau laman web https://watch.tonton.com.my/live/asc.

Jadi, siapa agaknya bakal memberikan kejutan terbesar dan muncul sebagai juara All Star Championship 2026?

Ikuti perkembangan lanjut menerusi platform media sosial rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram melalui @tontonmy.