Kempen Kesihatan Mental “You Can Be Okay” Dilancarkan Bersama BeCalm Cookies

BeCalm Malaysia, pengeluar biskut istimewa, melancarkan produk terbaru mereka, BeCalm Cookies, bertepatan dengan inisiatif Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay. Pengarah Urusan BeCalm Malaysia, Pn. Maisarah Datuk Abdullah Sani, merasa terdorong untuk melancarkan kempen ini setelah terinspirasi oleh petikan “It’s Okay Not To Be Okay” yang menjadi viral di kalangan anak muda, berkaitan dengan kesedaran kesihatan mental.

Untuk memastikan Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay mendapat sambutan meluas, beberapa selebriti dan pempengaruh terkenal seperti Mark Adam, Irma Hasmie, Sissy Iman, Syed Ali, Heliza Helmi, Ajak Shiro, dan Suraya Borhan, serta pempengaruh kesihatan dan kecergasan Zaza Zainee, telah dijemput untuk menyokong dan menyebarkan mesej kempen ini. Zaza Zainee juga dilantik sebagai duta pertama BeCalm Cookies.

Menurut Pn Maisarah, beliau melancarkan kempen ini kerana prihatin terhadap masalah kesihatan mental yang semakin meningkat dalam masyarakat. Beliau ingin masyarakat sedar bahawa ada jalan keluar dari kesedihan dan kemurungan.

“Jangan biarkan diri terlalu lama dalam kesedihan dan kemurungan serta sentiasa dibelenggu fikiran yang negatif. Ambil masa untuk bersedih, itu okay, tetapi jangan selamanya,” kata Pn Maisarah. Beliau menambah bahawa penting untuk mencari solusi dan bangkit menjadi ‘okay’.

Pn Maisarah berkongsi kisah peribadi semasa pelancaran kempen di Menara Star, Petaling Jaya. Beliau menceritakan pengalamannya berada dalam kegelapan mental apabila disahkan mempunyai tumor otak pada tahun 2007 semasa bekerja di London. Beliau mengalami kemurungan yang serius, termasuk insomnia, peningkatan berat badan, hilang ingatan, disorientasi, dan masalah penglihatan. Beliau juga difitnah oleh rakan-rakan akibat masalah kemurungan yang melandanya selama hampir 10 tahun.

Pada tahun 2016, beliau mengambil keputusan untuk tidak terus hidup dalam kemurungan dan mula mencari solusi. Ashwagandha menjadi penawar yang menunjukkan perubahan positif dalam hidupnya. Dari situ, idea untuk menghasilkan produk makanan yang mengandungi ashwagandha tercetus, dan lahirlah BeCalm Cookies yang kini dikenali sebagai “functional food”.

Pada pelancaran BeCalm Cookies, BeCalm Malaysia memperkenalkan tiga perisa istimewa: Chocolate Chip Sea Salt (CHILLAX), SPECULOOS White Chocolate (MIND FLEX), dan UJI MATCHA White Chocolate (VIBE ON). Ketiga-tiga perisa ini tidak hanya lazat tetapi juga mempunyai fungsi yang berbeza dengan pembungkusan yang menarik.

BeCalm Cookies juga mengeluarkan “kotak edisi terhad” sempena program Live TikTok Sembang Mak Mak Suria FM. Pembelian di TikTok BeCalm hanya RM50 dengan enam keping biskut (2 keping setiap perisa) dari 31 Julai hingga 9 Ogos 2024. 50 pembeli pertama dengan pembelian dua kotak akan menerima mug dan pelekat khas You Can Be Okay.

Hadir sama dalam majlis pelancaran ialah Pengerusi BeCalm Malaysia Datuk Abdullah Sani Karim, Pengurus Besar Kanan Suria Radio 988FM Woo Bee Ay, Anita Abu Bakar Presiden MIASA, Dr Redza Abdul Rahman, dan Ketua Pengarah Eksekutif 3Bumi Trading Sdn Bhd Silahudin Jamaluddin.

Dalam majlis yang sama, BeCalm Malaysia juga mengumumkan kerjasama strategik dengan 3Bumi Trading Sdn Bhd.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk BeCalm boleh membeli di Tik Tok Shop BeCalm, Shopee BeCalm atau wasap di istagram @becalm.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *