Karnival Jom Heboh BABA’S Kembali Memeriahkan Johor Bahru!

Khabar baik buat warga Johor! Jenama popular BABA’S kembali merancakkan suasana Karnival Jom Heboh (KJH) sebagai penaja utama untuk kali keempat!

Siri jelajah KJH ini diteruskan di Johor Bahru selama tiga hari berturut-turut. Jadi, ajaklah keluarga, saudara, dan rakan-rakan untuk bersama memeriahkan Karnival Jom Heboh BABA’S di Johor Bahru, yang akan berlangsung hujung minggu ini di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall dari 1 hingga 3 November 2024 (Jumaat, Sabtu, dan Ahad).

Karnival Jom Heboh (KJH) 2024, anjuran Media Prima Berhad, sekali lagi mencuri perhatian di lima lokasi iaitu Sarawak, Putrajaya, Melaka, Terengganu, Pulau Pinang, dan kini di Johor Bahru. Acara ikonik ini telah berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung di setiap lokasi, mencerminkan sambutan hangat rakyat Malaysia. Dengan pengiktirafan oleh The Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai ‘Acara Padang Paling Lama’, KJH kini menjadi acara tahunan yang sangat dinanti oleh segenap lapisan masyarakat, penuh dengan aktiviti menarik untuk seluruh keluarga.

Sepanjang tiga hari di Johor Bahru, pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk menghibur warga kota. Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui reruai dari Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press (termasuk New Straits Times, Berita Harian, dan Harian Metro), Hot FM, dan Vocket.

TV3 dengan bangganya mengumumkan bahawa program realiti nyanyian ikonik, One In A Million (OIAM), akan kembali disiarkan, dan Johor Bahru akan menjadi lokasi pertama sesi uji bakat! Ini peluang besar bagi mereka yang mahu mencuba nasib dalam industri hiburan. Anda mungkin menjadi bintang baru dengan hadiah bernilai sehingga RM1 juta! Sesi uji bakat ini akan diadakan pada 2 dan 3 November 2024 (Sabtu dan Ahad) di Johor Bahru dan seterusnya di lokasi-lokasi lain seperti Sabah, Pulau Pinang, Pahang, dan Kuala Lumpur.

OIAM membuka peluang kepada semua bakat di Malaysia dan luar negara yang berusia 15 tahun ke atas, baik secara solo, duo, atau berkumpulan. Bagi yang tidak dapat hadir ke sesi uji bakat secara bersemuka, anda boleh menyertainya secara dalam talian dari 1 hingga 17 November. Caranya mudah – hanya muat naik video nyanyian 1 minit di TikTok dengan tanda pagar rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara. Bukan sekadar pertandingan nyanyian, OIAM juga menawarkan peluang luar biasa untuk mengubah hidup peserta.

Antara tarikan utama, para pengunjung KJH juga dapat bertemu selebriti kegemaran mereka di booth Studio Tonton Drama Sangat (STDS). Booth ini akan menampilkan bintang popular yang membintangi rancangan Tonton, TV3, dan TV9, seperti Aniq Durar, Ashraf Muslim, Kodi Rasheed, Shah Iskandar, Nabila Razali, Wanns Ahmad, Nafiz Muaz, dan ramai lagi. Jangan lepaskan peluang bertemu id

 Karnival Jom Heboh

ola anda!

Selain itu, Studio Tonton Drama Sangat turut mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah utama Samsung Smart TV bersaiz 65 inci bernilai RM3,500 untuk dimenangi setiap hari. Untuk menyertainya, anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli baharu Tonton dan melanggan pelan Tonton untuk berpeluang dalam cabutan bertuah ini, yang berlangsung di setiap lokasi KJH sepanjang jelajah 2024.

Tidak ketinggalan, terdapat lebih 160 reruai dengan pelbagai promosi dan hadiah menarik! Pengunjung boleh menikmati promosi beg berharga RM10 di reruai BABA’S, dan terdapat juga pemberian pek produk BABA’S secara percuma. Bagi penggemar makanan, Love Food Fest membawa hidangan viral dan popular seperti Lamb Shank Chef Ammar, Bakso Beranak by Vicha, Cikidot, dan banyak lagi. Manfaatkan peluang untuk merasai pelbagai hidangan istimewa ini bersama keluarga.

Tarikan lain di KJH BABA’S Johor Bahru termasuk aktiviti NSTP ‘Pet Zootopia’ dan Kejohanan Bola Jalanan Vocket ‘2vs2’. Peserta bola jalanan ini berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM500 dan jersi khas edisi Vocket. Layari https://bolajalanan.thevocket.com/ atau imbas kod QR untuk pendaftaran. Sementara itu, ‘Pet Zootopia’ oleh NSTP akan menampilkan 30 jenis haiwan bagi menceriakan lagi suasana untuk seisi keluarga.

Pada malam Sabtu dan Ahad, jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan Konsert Jom Heboh yang menampilkan barisan penyanyi terkenal. Antara artis yang bakal membuat persembahan adalah Sofarz, Ayu Damit, Suki Low, Izzue Islam, Sufian Suhaimi, Nabila Razali, The Dolla, Projektor Band, Lil J, Dalia Farhana, Syamel, Wany Hasrita, dan Mark Adam. Pastikan anda datang untuk menikmati hiburan terbaik ini!

Untuk yang berbakat dalam bidang nyanyian, Jom Lokal Jam menampilkan pertandingan nyanyian solo, Voice of Johor. Pertandingan ini diadakan pada Jumaat, 1 November di pentas utama KJH. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan bakat-bakat baharu dalam industri muzik!

Tidak hanya itu, KJH juga menampilkan pameran dan persembahan daripada pelbagai persatuan dan kumpulan. Antaranya ialah pameran motosikal berkuasa tinggi dan kenderaan Supercar dari JB Muslim Supercar, aktiviti Zumba bersama jurulatih dari Athlete Fitness Centre, persembahan tarian Yosakoi oleh Maktab Sultan Abu Bakar, aktiviti Pound Rock Out Workout, dan persembahan pancaragam oleh SIGS Band serta SK (P) Sultan Ibrahim.

Dalam meriahkan acara ini, kami juga prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Palestin. Media Prima membuka peluang untuk rakyat Malaysia membantu, dengan sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331. Semua kutipan akan disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima bagi bantuan kemanusiaan yang diperlukan di sana.

Jadi, warga Johor dan seluruh penduduk Selatan, jom meriahkan Karnival Jom Heboh BABA’S Johor Bahru! Acara ini berlangsung dari 1 hingga 3 November 2024 di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, bermula seawal jam 8.30 pagi. Kongsikan pengalaman anda dengan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu, #KarnivalJomHeboh, dan #InspirasiGenerasi. Maklumat lanjut boleh didapati di www.jomheboh.com.my atau ikuti kami di media sosial rasmi @jomhebohofficial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *