Astro Bawa Era Baharu Hiburan Digital dengan Tawaran Penstriman Lebih Jimat

Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia menerusi pengenalan beberapa pakej penstriman baharu yang menawarkan lebih nilai kepada pelanggan. Dalam usaha memenuhi keperluan penonton yang semakin menggemari kandungan atas permintaan, Astro kini menggabungkan platform penstriman popular bersama saluran hiburan premium dalam satu langganan yang lebih menjimatkan. Langkah ini turut diperkukuhkan dengan pelancaran Astro Daebak, saluran Korea terbaharu yang bakal menjadi destinasi utama peminat drama dan rancangan variasi Korea.

Bermula hari ini, pelanggan boleh menikmati pakej baharu yang menggabungkan Disney+ dan Prime Video pada harga RM25 sebulan, manakala pakej Prime Video sahaja ditawarkan pada harga RM15 sebulan. Kedua-dua pakej ini turut disertakan dengan Pek Blockbuster Astro yang menghimpunkan empat saluran hiburan popular iaitu Astro Showtime (CH 411), Astro FAM Time (CH 412), Rock Action (CH 414) dan Rock X Stream (CH 415). Tawaran ini memberikan akses kepada pelbagai pilihan filem dan rancangan hiburan daripada genre kekeluargaan, komedi, aksi sehingga thriller yang sesuai dinikmati seisi keluarga.

Melalui Disney+, pelanggan boleh menonton pelbagai kandungan eksklusif termasuk Send Help, selain tayangan akan datang seperti Ready or Not 2: Here I Come yang bakal ditayangkan pada 2 Julai serta A Shop for Killers 2 pada 22 Julai. Sementara itu, Prime Video menawarkan pelbagai judul menarik seperti Spider Noir, The Legend of Vox Machina musim keempat, Every Year After musim pertama dan Your Fault: London. Tawaran pakej ini dibuka untuk langganan sehingga 14 Ogos 2026 dan semua harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk SST.

Astro turut memperluaskan pilihan hiburan Asia menerusi pengenalan pakej WeTV dan Viu Premium dalam satu langganan pada harga RM15 sebulan. Tawaran yang berlangsung sehingga 4 September 2026 ini membolehkan pelanggan menikmati pelbagai kandungan popular daripada kedua-dua platform termasuk drama Cina, siri Korea, drama Melayu, rancangan variasi serta pelbagai kandungan eksklusif. Nilai yang ditawarkan jauh lebih berbaloi berbanding melanggan kedua-dua platform secara berasingan.

Antara kandungan yang boleh dinikmati di WeTV termasuk Mo Li, In the Moonlight dan Eight Hundred, manakala Viu pula menawarkan pelbagai judul menarik seperti Bidadari Tanpa Syurga, Reborn Rookie, The Season dan Aku Pilih Pelangi. Dengan koleksi kandungan yang semakin berkembang, pelanggan kini mempunyai lebih banyak pilihan hiburan Asia dalam satu langganan yang mudah dan berpatutan.

Dalam masa sama, Astro bakal memperkenalkan Astro Daebak (CH 393) bermula 1 Julai 2026. Saluran baharu yang dikuasakan oleh tvN ini diwujudkan khas untuk memenuhi permintaan peminat K-Drama dan rancangan variasi Korea yang semakin meningkat di Malaysia. Penonton boleh menikmati pelbagai genre termasuk romantik, komedi, thriller, fantasi serta kisah kekeluargaan yang menjadi kegemaran ramai.

Astro Daebak bakal menampilkan pelbagai drama ikonik seperti Hotel Del Luna yang dibintangi IU dan Yeo Jin-goo, Mr. Queen lakonan Shin Hye-sun dan Kim Jung-hyun, The Devil Judge, Doom at Your Service, Reply 1988, Signal, What’s Wrong with Secretary Kim serta Familiar Wife. Selain drama, saluran ini turut menawarkan program variasi popular seperti 3 Meals a Day dan Youn’s Kitchen bersama pelbagai kandungan menarik lain yang pernah mencipta fenomena di seluruh Asia.

Pelancaran Astro Daebak juga memperkukuhkan lagi penawaran kandungan Korea di Astro yang kini merangkumi tvN (CH 395), tvN Movies (CH 416), KBS World (CH 392) dan K-Plus (CH 396). Saluran baharu ini menjadi pengganti yang sesuai susulan penamatan operasi global saluran ONE HD, sekali gus memastikan peminat kandungan Korea terus menikmati pilihan hiburan berkualiti tanpa gangguan.

Kesemua tawaran ini boleh dinikmati menerusi Pek Astro One yang kini bermula serendah RM49.99 sebulan, memberikan pengalaman penstriman yang lebih lancar serta akses kepada pelbagai kandungan tempatan dan antarabangsa dalam satu platform. Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web Astro, menghubungi Astro menerusi WhatsApp di 03-9543 3838 atau membuat langganan terus melalui aplikasi dan laman web My Astro.