“Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup”: Usaha Astro Lestarikan Karya Lagenda Tempatan

Astro, selaku peneraju industri hiburan di Malaysia, akan mempersembahkan siri terbaharu di bawah francais ‘Hikayat’, iaitu kisah lagenda popular yang penuh magis dan misteri berjudul ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’. Siri enam episod ini bakal bersiaran bermula 14 November, setiap Jumaat jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Prima (saluran 105).

Judul terbaharu di bawah francais ‘Hikayat’ ini diarahkan oleh sutradara Shamyl Othman dan diterbitkan oleh Red Communications Sdn Bhd. Seperti karya-karya terdahulu, ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’ diolah semula mengikut kesesuaian tontonan masa kini, dengan penambahan elemen visual moden bagi memberikan pengalaman tontonan terbaik untuk seisi keluarga.

Dengan pembaharuan jalan cerita yang segar, sarat nilai teladan dan sesuai untuk semua peringkat umur, siri ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Diana Danielle, Alif Satar, Bell Ngasri, Elly Mazlein, Niezam Zaidi, Ezzanie Jasny, Arabella Ellen dan Fimie Don, serta bintang generasi baharu seperti Qisya Hairulzain dan Mikael Noah. Runut bunyi ‘Hikayat Arjuni’ yang didendangkan oleh Amsyar Leee turut menghiasi siri ini.

Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, di Astro mereka memahami betapa pentingnya generasi akan datang terus mengenali dan menghargai budaya serta cerita tempatan. Menerusi francais ‘Hikayat’, matlamatnya adalah meraikan warisan Malaysia yang kaya dengan kisah dongeng tradisional, dan menghidupkan semula cerita-cerita ini melalui lakonan semula oleh bakat tempatan yang hebat. Disampaikan dalam format berkualiti tinggi, diperkaya dengan kesan visual khas dan sarat nilai murni, kisah-kisah ini sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. Astro komited meneruskan usaha ini dan berharap dapat memperluaskan lagi francais ‘Hikayat’ agar kisah-kisah klasik ini dapat didokumentasikan sebagai khazanah untuk generasi akan datang.

‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’ mengisahkan nasib malang yang menimpa keluarga Mak Tanjung lakonan Diana Danielle apabila suaminya, Pak Kantan lakonan Alif Satar, terkorban akibat lemas semasa memancing. Kejadian itu menyebabkan Mak Tanjung dan dua anaknya, Melur lakonan Arabella Ellen dan Pekan lakonan Fimie Don, hidup dalam kesusahan. Terdesak, Mak Tanjung mencari berlian berdekatan kawasan Batu Belah Batu Bertangkup untuk menyara hidup, namun batu berpuaka itu menelannya. Melur dan Pekan kemudian terpaksa meninggalkan kampung dan mengembara untuk mencari jalan membebaskan ibu mereka daripada kuasa jahat batu tersebut.

Penonton boleh menyaksikan siri ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’ bermula 14 November, setiap Jumaat jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Prima (saluran 105), serta menstrimnya melalui On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One pada harga RM49.99 sebulan, dan tingkatkan pengalaman penstriman dengan Astro Fibre 500 Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf.