Sejak diperkenalkan pada Mac/April 2025, inisiatif pembiayaan pendidikan oleh Yayasan Peneraju telah menjadi pemangkin penting dalam memperluas penyertaan Bumiputera dalam sektor teknologi bernilai tinggi. Menjelang penutupannya pada Disember 2025, program ini telah memberi peluang kepada Bumiputera berusia 16 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang untuk mengikuti latihan profesional dalam bidang Artificial Intelligence (AI), Machine Learning (ML), Cybersecurity, Networking dan Cloud Computing, iaitu bidang teras yang menggerakkan transformasi ekonomi digital negara.


Walaupun inisiatif ini berada dalam fasa penutupan, permohonan bagi pengambilan terakhir masih dibuka. Nexperts Academy turut menyediakan elaun latihan kepada peserta yang layak di bawah program ini. Skim pembiayaan ini menawarkan mekanisme yang amat digalakkan peserta, termasuk 0% bayaran balik (Silver-tier) apabila syarat dipenuhi. Bagi kursus yang mempunyai peperiksaan, pembiayaan akan menjadi tanpa bayaran balik apabila peserta mencapai kehadiran yang ditetapkan dan lulus peperiksaan. Bagi kursus tanpa peperiksaan, pembiayaan bertukar kepada pembiayaan tanpa bayaran balik setelah peserta menamatkan keseluruhan kursus. Maklumat lengkap boleh dirujuk di laman rasmi Yayasan Peneraju.
Sebagai salah satu penyedia latihan dilantik (ALTI), Nexperts Academy Sdn. Bhd. yang beroperasi di Petaling Jaya merupakan antara institusi yang menawarkan kursus berfokus industri di bawah inisiatif ini, selain universiti dan penyedia latihan lain. Peserta bebas memilih kursus dan penyedia latihan sebelum memohon pembiayaan melalui Yayasan Peneraju.

Permintaan terhadap tenaga mahir dalam bidang Cloud Computing, Networking, AI, Keselamatan Siber dan analitik data semakin meningkat seiring perkembangan teknologi. Banyak syarikat melaporkan kewujudan kekosongan pekerjaan namun kekurangan bakat tempatan untuk mengisinya. Dalam masa sama, risiko serangan digital semakin meningkat, menjadikan sektor keselamatan siber berada pada tahap paling kritikal.
Nexperts Academy turut melatih peserta dalam Certified Ethical Hacker (CEH), kursus keselamatan siber terkemuka dunia yang diiktiraf EC-Council. Kursus ini memberi pendedahan kepada teknik serangan sebenar, membolehkan peserta berfikir seperti penggodam bagi mengukuhkan pertahanan organisasi. Keperluan ini semakin ketara selepas beberapa syarikat tempatan menjadi mangsa serangan ransomware, termasuk sebuah syarikat yang kehilangan data operasi sepenuhnya sebelum penyerang menuntut bayaran tebusan dalam bentuk mata wang kripto. Situasi ini mengukuhkan keperluan melahirkan lebih ramai profesional keselamatan siber Bumiputera yang bersistem, berkompeten dan bersedia menghadapi ancaman moden.

Selain keselamatan siber, Network & Multicloud Bootcamp oleh Nexperts Academy merupakan antara kursus paling popular di bawah pembiayaan Yayasan Peneraju. Direka untuk peserta yang bermula dari sifar, bootcamp ini membolehkan mereka memperoleh tiga pensijilan antarabangsa: CompTIA Network+, CompTIA Cloud+ dan Microsoft Certified Azure Associate. Gabungan pensijilan ini membuka pelbagai laluan kerjaya termasuk IT Support, Network Engineer, Helpdesk Engineer serta potensi peningkatan ke peranan lebih tinggi seperti Cloud Engineer, Network Engineer Level 2 atau System Administrator. Laluan pensijilan ini turut menjadi alternatif untuk individu tanpa diploma atau ijazah IT, menjadikannya pilihan utama peserta baharu dan mereka yang ingin beralih kerjaya.
Pertumbuhan data dan penggunaan aplikasi moden menjadikan pusat data tradisional semakin mahal dan kompleks, mendorong lebih banyak organisasi beralih kepada cloud. Peralihan ini melonjakkan permintaan terhadap jurutera cloud terlatih dan menjadikan pensijilan berkaitan antara keperluan paling kritikal dalam transformasi digital negara.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada latihan industri dan simulasi dunia sebenar untuk memastikan kesiapsiagaan memasuki pasaran kerja. Pendekatan ini bukan sahaja membina kemahiran teknikal, malah membuka peluang kerja fleksibel seperti freelancing dan konsultansi.
Bootcamp AI & Machine Learning yang ditawarkan Nexperts Academy juga antara kursus paling tinggi permohonan. Peserta mempelajari teknik analisis data, automasi, pembangunan penyelesaian berskala kecil dan besar serta membina sistem yang mampu membuat keputusan berdasarkan input pengguna. Ramai peserta bukan IT mendapati kemahiran automasi meningkatkan prestasi kerja harian mereka dan memudahkan proses perniagaan. Misalnya, suri rumah yang ingin memulakan perniagaan kecil dapat menggunakan teknik analisis data untuk menilai trend pasaran dan mengenal pasti produk berpotensi tinggi.
Pengarah Nexperts Academy, Nazreen Abdul Ghani, menegaskan prinsip “Kenapa jadi basic kalau boleh jadi premium?”, percaya bahawa pendedahan kepada teknologi mampu menjadikan individu lebih produktif, kreatif dan bernilai dalam pasaran kerja moden. Menurut beliau, ramai Bumiputera memiliki potensi besar tetapi kurang akses kepada pensijilan global. Inisiatif Yayasan Peneraju membuka pintu kepada rakyat untuk mendapatkan kemahiran yang kini menjadi keperluan kritikal industri. Pensijilan membuka laluan kepada kenaikan pangkat, tawaran kerja baharu dan gaji lebih tinggi, seterusnya mengubah taraf hidup peserta dan keluarga mereka.
CEO Nexperts Academy, Vaheed, turut menegaskan kepentingan pembangunan bakat Bumiputera dalam pertumbuhan ekonomi digital negara. Beliau menekankan bahawa ekonomi digital Malaysia tidak dapat berkembang tanpa barisan bakat Bumiputera yang terlatih. Matlamat mereka ialah menjadikan peserta sebagai profesional bertauliah yang bersedia memasuki industri teknologi bernilai tinggi dan menyumbang kepada aspirasi Malaysia sebagai negara berkemampuan AI menjelang 2030.

Sebagai penutup program selama lapan bulan ini, media dijemput bertemu peserta yang telah menamatkan latihan. Alumni berkongsi kisah kejayaan termasuk peralihan kerjaya ke sektor IT, peningkatan kemahiran teknikal dan tawaran kerja baharu, mencerminkan impak jelas inisiatif ini terhadap mobiliti sosial Bumiputera dan pembangunan modal insan negara.
Permohonan bagi pengambilan terakhir masih dibuka sehingga 15 Disember 2025. Maklumat kursus Nexperts Academy boleh disemak di www.nexpertsgrants.com dan laman rasmi akademi di www.nexpertsacademy.com.