
Peminat muzik pop tanah air bakal disajikan pengalaman persembahan tribute berskala konsert menerusi GAGA Live, yang menampilkan Donna Marie, penghibur tribute Lady Gaga antarabangsa yang terkenal dengan vokal secara langsung, kostum dramatik dan koreografi bertenaga.
Dibawakan oleh MyTicket Holdings dan MyMember, GAGA Live bakal dipentaskan pada 25 September 2026 di EX8 Collective Concert Hall, Subang. Persembahan dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam, manakala pintu dibuka kepada penonton pada jam 7.00 malam.
GAGA Live bukan sekadar persembahan menyanyikan semula lagu-lagu popular Lady Gaga. Produksi ini direka sebagai sebuah pengalaman konsert lengkap yang menggabungkan vokal secara langsung, tarian, kostum, elemen teater, koreografi serta visual pentas berimpak tinggi.
Donna Marie telah membina kerjaya selama lebih sedekad menerusi persembahan tribute Lady Gaga di pelbagai pentas antarabangsa. Keunikan persembahannya bukan sahaja terletak pada persamaan visual dengan Lady Gaga, malah kemampuan vokal dan persembahan pentas yang menjadi antara tarikan utama produksinya.
GAGA Live turut menampilkan lima penari profesional antarabangsa iaitu Giuseppe Morra, Emma Tomkins, Lizzy-Lou Koster, Will Garner dan Pablo Sánchez Feltrer.

Gabungan Donna Marie bersama barisan penari tersebut bakal memperkuatkan elemen visual dan koreografi, menjadikan persembahan lebih hampir kepada format produksi konsert pop berskala penuh.
Setlist GAGA Live pula merangkumi karya daripada pelbagai era Lady Gaga, termasuk Abracadabra, Dead Dance, Always Remember Us This Way, Paparazzi, Alejandro, Marry The Night, Stupid Love, Rain On Me, Telephone, Applause, Million Reasons, Shallow, Die With A Smile, Just Dance, Bad Romance dan Poker Face.
Persembahan turut menampilkan beberapa medley dan interlude, termasuk Mayhem Medley, sebelum ditutup dengan The Edge of Glory sebagai persembahan encore.
Tiga kategori tiket ditawarkan iaitu:
- Diamond – RM289
- Platinum – RM239
- Party Zone – RM189
- Meet & Greet Add-On – RM88
Party Zone menawarkan ruang berdiri untuk penonton yang mahu menikmati suasana lebih bertenaga, manakala Diamond dan Platinum merupakan kategori tempat duduk bebas.

Pakej Meet & Greet pula memberikan peluang kepada peminat untuk bergambar bersama Donna Marie serta menerima poster bertandatangan. Slot tersebut adalah terhad dan dijadualkan pada jam 7.00 malam.
Tiket boleh didapati menerusi MyTicket Asia.
GAGA LIVE – KUALA LUMPUR
Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)
Lokasi: EX8 Collective Concert Hall, Subang
Pintu Dibuka: 7.00 malam
Waktu Persembahan: 8.30 malam
Dipersembahkan oleh: MyTicket Holdings & MyMember
Disokong oleh: Big A Productions (M) Sdn. Bhd.






