FAUZIAH AHMAD DAUD MENTUA DARI NERAKA?! – 2024

fauziah ahmad daud

Apabila sebuah keluarga yang kelihatan sempurna mula terpecah-belah kerana cinta dan prinsip, konflik menjadi semakin rumit. Mentua, membawa anda menelusuri hubungan yang penuh teka-teki antara seorang ibu mertua yang dominan dan seorang bakal menantu yang berani menentang arus.Drama sensasi Mentua, semakin mendebarkan. Azizah (Fauziah Ahmad Daud), CEO di Bayu Textile yang tegas dan dominan.

Setiap keputusan yang dibuatnya di pejabat dianggap ‘undang-undang’ yang harus dipatuhi. Namun, tidak cukup dengan dominasi di tempat kerja, Azizah (Fauziah Ahmad Daud) membawa sikap tegas itu ke rumah, memastikan suami, Husin (Datuk Jalaluddin Hassan), dan anak-anaknya, Amir (Syarul Ezani) dan Azim (Apich Lo), mematuhi setiap kehendaknya. Baginya, kehidupan yang sempurna bukan hanya sebuah impian tetapi satu keperluan yang mesti direalisasikan.

Kemelut menjadi hangat apabila sebuah video Amir melamar Emilia, pengasas Juwita Valet yang juga pesaing utama ibunya, tular di media sosial. Azizah (Fauziah Ahmad Daud) yang selalu yakin bahawa Amir, anak kesayangannya, pasti akan meminta restunya terlebih dahulu, terpaksa berhadapan dengan kenyataan pahit.

Lebih mengejutkan, Amir pulang ke rumah bersama Emilia dan dengan penuh keyakinan memperkenalkannya sebagai bakal isterinya. Namun, kehadiran Emilia tidak disambut mesra oleh Azizah, yang sejak awal lagi tidak merestui perhubungan ini. Walaupun Emilia cuba bersikap positif, bayang-bayang keraguan dan prejudis Azizah terus menghantui setiap langkahnya.  Setiap tindak tanduk Emilia dianggap tidak kena di mata Azizah (Fauziah Ahmad Daud).

Bapa Amir, Husin, sebaliknya menyambut Emilia dengan ramah dan terbuka, tetapi keadaan menjadi tegang apabila Azizah (Fauziah Ahmad Daud) dan Husin bertelingkah mengenai masa depan anak mereka. Azizah yang berpendirian tegas menolak hubungan ini terus menyuarakan keraguannya mengenai kesesuaian Emilia sebagai isteri Amir, terutamanya dari aspek usia dan kemampuan untuk memberikan zuriat.

I tak setuju! – Ujar Azizah (Fauziah Ahmad Daud)
Semua benda you tak setuju, Amir tu bukan budak kecillah! Dah besar dah matang dah! Apa salahnya kalau dia nak kahwin? – Tegas Husin
Takda orang lah larang dia daripada kahwin lain. Tapi you tahu tak berapa usia perempuan tu? Dia lebih tua lah daripada anak kita Husin! I just know that she is not right for our son.

I tengok I dah boleh tahu dah. Dia takkan boleh jadi isteri yang baik. Percaya lah cakap I. Silap hari bulan bercerai juga. – Kata Azizah lagi
Astaghfirullah, tak boleh ke kalau you doakan yang baik-baik untuk anak kita? – Jelas Husin
Okay, kalau dia betul sangat nak berkahwin dengan perempuan tu, kahwinlah!  But over my dead body! – Tegas Azizah

Tanpa diduga, Amir mengambil keputusan drastik untuk menikahi Emilia secara rahsia. Apakah yang akan berlaku apabila rahsia perkahwinan ini terbongkar? Bagaimana reaksi Azizah yang selama ini telah menolak keras Emilia? Adakah dia akan merestui perkahwinan ini atau sebaliknya akan merancang sesuatu untuk memisahkan mereka? Mampukah Emilia membuktikan dirinya sebagai pilihan yang tepat untuk Amir, atau adakah cabaran baru akan muncul mengancam hubungan mereka?

Pertentangan antara ibu dan anak semakin panas. Adakah Azizah mampu menerima menantu pilihan anaknya?Jangan lupa saksikan Mentua menerusi slot Lestary setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Jangan ketinggalan untuk menonton Mentua  menerusi slot Lestary malam ini, setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *