Dari Studio ke Dapur Raya: TV3 dan Alternate Records Hidangkan Hiburan & Keceriaan Aidilfitri

Majlis Hari Raya Dapur Panas Digital bersama TV3 dan Alternate Records telah berlangsung penuh kemeriahan di Balai Berita, Bangsar dengan sokongan padu daripada F&N sebagai penaja utama dan Pepper Labs sebagai rakan kolaborasi. Turut hadir, barisan pengurusan Media Prima, F&N, Pepper Labs serta artis-artis naungan Alternate Records.

Majlis diserikan dengan persembahan istimewa oleh Marygrace, Kai Deva, Mariam, Zazzleen, Ameerais, Suara, Zizi Safira dan Wanie Ooi, manakala selebriti Media Prima seperti Mior Malek Raiyani, Fiza Sabjahan dan Rena Hazrena turut memeriahkan suasana.

Antara tarikan utama ialah demonstrasi teh tarik oleh peserta Dapur Digital Kerinchi, Puan Masri Binti Md Husin, yang mencuri perhatian tetamu dengan penggunaan produk F&N. Sajian lazat seperti nasi tomato, mi kari, popia karbonara dan puding karamel disediakan oleh pasukan Dapur Digital Kerinchi, dilengkapkan dengan minuman 100PLUS ACTIVE dan 100PLUS ZERO.

Majlis ini menandakan penutup rasmi kempen Dapur Panas Digital sebuah inisiatif bersama TV3 dan Pepper Labs yang memperkasakan wanita komuniti B40 untuk berniaga sepanjang Ramadan. Program ini berjaya membuka ruang kepada para usahawan PPR menjalankan perniagaan di bazar-bazar utama Kuala Lumpur dengan produk F&N sebagai tunjang utama.

Perjalanan inspirasi wanita hebat ini boleh ditonton di media sosial rasmi TV3 dan segmen khasnya akan disiarkan dalam rancangan Wanita Hari Ini pada Isnin, 28 April 2025.