PTTI Cipta Rekod Baharu Malaysia Book of Records, Lahir 534 Pelajar Straight A SPM 2025

Pusat tuisyen PTTI mencatat satu lagi kejayaan membanggakan apabila berjaya melahirkan 534 pelajar yang memperoleh keputusan semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Pencapaian ini sekali gus meletakkan PTTI dalam rekod Malaysia Book of Records buat kali ketiga, mengukuhkan reputasinya sebagai antara pusat pendidikan digital terkemuka di negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, kejayaan tersebut lahir daripada sistem pembelajaran yang dibangunkan secara tersusun dan konsisten, bukan sekadar bergantung kepada kaedah hafalan semata-mata. Pendekatan berstruktur yang digunakan memberi penekanan kepada pemahaman berperingkat serta teknik yang terbukti berkesan.

Beliau menjelaskan bahawa sejak lebih sedekad penubuhan, PTTI terus memberi fokus kepada peningkatan prestasi pelajar melalui penambahbaikan sistem serta latihan berterusan kepada tenaga pengajar.

PTTI kini menyasarkan untuk melahirkan sehingga 1,000 pelajar semua A pada masa akan datang, selaras dengan usaha memperluaskan akses pendidikan digital berkualiti di seluruh negara.