Bateriku (M) Sdn. Bhd. (“Bateriku”), penyedia perkhidmatan bantuan tepi jalan nombor satu di Malaysia, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri automotif dengan pelancaran rasmi bateri kereta ASTRA yang kini diperakui SIRIM bagi semua 28 SKU produknya.
Majlis pelancaran turut menyaksikan perasmian Makmal Kualiti Bateriku, sebuah fasiliti dalaman yang dilengkapi teknologi ujian canggih untuk memastikan setiap bateri ASTRA melepasi standard prestasi, ketahanan, dan keselamatan tertinggi.
Pelancaran ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), bersama pengurusan tertinggi SIRIM Berhad, penggiat industri automotif, serta rakan strategik Bateriku.
ASTRA – Satu-satunya Jenama Bateri di Malaysia dengan Pensijilan SIRIM untuk Semua 28 SKU

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA telah terjual lebih 1 juta unit melalui ekosistem Bateriku yang meliputi 225 pitstop di seluruh negara dan lebih 1,500 juruteknik gig bergerak (BHero) terlatih di bawah Akademi Bateriku.
Pensijilan SIRIM IEC 60095 membuktikan ASTRA memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti antarabangsa untuk semua kategori bateri termasuk:
- Bateri MF
- Bateri EFB
- Bateri AGM
Perlindungan Takaful & Waranti Seluruh Negara – Inisiatif Pertama di Malaysi
Setiap pembelian bateri kereta ASTRA dilengkapi:
- Perlindungan Insurans Takaful Kemalangan Diri (GPA) percuma sehingga RM7,000
- Waranti Nasional (“Nationwide Warranty Assist”) dengan bantuan lokasi di seluruh Malaysia
Contohnya, jika pengguna menukar bateri di Shah Alam dan mengalami masalah di Bota Kiri, Perak – pasukan Bateriku akan hadir ke lokasi untuk membantu, tanpa mengira jarak.
Makmal Kualiti Bateriku – Menjamin Standard Tertinggi
Makmal Kualiti yang dibangunkan di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd. memastikan setiap bateri ASTRA diuji dan mematuhi standard kualiti yang telah ditetapkan, sambil menyokong misi Bateriku dalam kelestarian alam melalui Briged Hijau yang mengumpul serta melupuskan bateri lusuh dan sisa elektronik secara bertanggungjawab.
Pengiktirafan MITI dan SIRIM
Menurut Datuk Hanafi Sakri, komitmen Bateriku untuk mendapatkan pensijilan SIRIM IEC 60095 dan membangunkan makmal kualiti membuktikan bahawa syarikat tempatan mampu bersaing bukan sahaja dari segi harga, tetapi juga kualiti dan ketelusan kawalan mutu.
Beliau turut memuji model ekosistem Bateriku yang merangkumi:
- BHero – rangkaian juruteknik gig bergerak
- BPreneur – rangkaian usahawan
- BBuddy – rangkaian bengkel dan trak tunda
- Inisiatif kelestarian alam melalui Briged Hijau
Bateri Pilihan Mekanik
Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Tuan Haji Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari, menjelaskan:
“ASTRA bukan sekadar bateri kereta ,ia adalah janji terhadap kualiti, sokongan selepas jualan, dan ketenangan fikiran. Mekanik memilih ASTRA kerana mereka tidak lagi perlu mengurus tuntutan waranti. Pelanggan hanya perlu ke mana-mana 225 Pitstop Bateriku atau hubungi talian hotline 24 jam – semuanya akan diuruskan oleh Bateriku.”
Untuk pembelian bateri ASTRA atau kerjasama bengkel, hubungi 013-844 2816 atau e-mel ke b2wteam@bateriku.com. – Tehtariktimes