Pada 21 Jun 2025, ASIQS (Ash Shura Institute of Quranic Sciences) di Space U8, Bukit Jelutong menjadi lokasi bagi acara penuh makna yang menyatukan pendidikan, komuniti dan kemanusiaan. Acara ini menggabungkan Hari Ibu Bapa & Guru ASIQS bersama Program CODTIS anjuran Fakulti Sains Kesihatan UKM, serta penyertaan Adina Charity Circle yang memperkukuh nilai ihsan dalam pendidikan.
Program CODTIS UKM membawa pelbagai pengisian ilmiah seperti ceramah kesihatan oleh pakar dalam bidang sains kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma, termasuk kesedaran kanser, ujian neuropsikologi dan info tekanan darah. Inisiatif ini bertujuan memasyarakatkan ilmu kesihatan, khususnya kepada pelajar dan ibu bapa.

Sementara itu, Adina Charity Circle hadir dengan booth interaktif yang ceria dan menyentuh nilai murni. Aktiviti seperti “Wheel of Hope”, sudut kreatif kanak-kanak, dan “Pohon Harapan” menarik minat pengunjung sambil menyemai empati. Program “Adina Cares for Kids” turut diketengahkan, dengan tumpuan kepada sokongan buat kanak-kanak penghidap kanser melalui lawatan kasih, aktiviti seni dan sumbangan hadiah harapan.

Kehadiran UKM dan Adina Charity Circle menjadikan hari tersebut lebih daripada sekadar sambutan sekolah ia adalah simbol penyatuan ilmu dan kasih sayang di bawah satu bumbung. Diharapkan program sebegini dapat terus menjadi inspirasi dalam menyuburkan nilai kemanusiaan dan membentuk masyarakat yang lebih prihatin.Teh Tarik Times