Astro Hangatkan Debaran ‘Curang Tanpa Niat’ dengan Tayangan Istimewa Menjelang Episod Kemuncaknya

Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju industri hiburan tempatan dengan kejayaan luar biasa drama MegaDrama terbaharu mereka, Curang Tanpa Niat. Menggantikan slot yang sebelum ini dipenuhi dengan drama fenomenal Andai Tiada Dia, Curang Tanpa Niat kini mencuri perhatian ramai melalui jalan cerita yang penuh emosi dan berbeza, dengan isu-isu yang menyentuh hati serta realistik yang menyebabkan ramai penonton teruja untuk terus mengikuti setiap episod.

Bertempat di Hotel Le Méridien, Putrajaya, Astro menganjurkan sebuah tayangan istimewa pada 6 Februari 2025, yang dihadiri oleh barisan pelakon, rakan media, serta para peminat setia drama ini. Tayangan tersebut turut menampilkan episod terbaru, episod ke-28, serta sesi temu bual eksklusif dengan para pelakon utama, yang memberi peluang kepada hadirin untuk mengenali lebih mendalam watak-watak yang mereka bawakan.

Kehebatan lakonan daripada barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah, Sharifah Sakinah dan ramai lagi tidak boleh dinafikan. Mereka telah berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan penuh penghayatan, sehingga mendapat pujian melambung daripada penonton dan pengkritik. Tambahan pula, Curang Tanpa Niat telah meraih jumlah tontonan lebih daripada 1.6 juta, menjadikannya salah satu drama Melayu paling berjaya terbitan Astro.

Siri ini terus menjadi perbualan hangat di media sosial, di mana penonton teruja membincangkan isu-isu moral dan emosi yang diketengahkan melalui karakter-karakternya. Dengan konflik yang berkembang dari episod ke episod, peminat tidak sabar untuk melihat bagaimana drama ini mencapai klimaksnya.

Curang Tanpa Niat boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, dengan pilihan strim melalui platform Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan Sooka. Untuk penonton yang ingin menikmati pengalaman penstriman yang lebih berkualiti, mereka boleh melanggan pakej Astro One yang kini ditawarkan dengan harga bermula dari RM49.99 sebulan. Untuk pengalaman lebih lengkap, Astro juga menawarkan pakej tambahan Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment pada harga RM139.99 sebulan.

Astro terus menampilkan karya-karya unggul yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi kesan mendalam, sekali gus menambah dimensi baru dalam industri hiburan tempatan. Dengan episod kemuncak yang semakin hampir, Curang Tanpa Niat dijangka akan terus mencipta fenomena dan menjadi antara drama yang tidak akan dilupakan oleh peminat drama Melayu di Malaysia.

Untuk melanggan atau mengetahui lebih lanjut mengenai Astro One, sila layari www.astro.com.my atau hubungi melalui WhatsApp di 03 9543 3838.

Maklumat lanjut mengenai  drama adalah seperti yang tertera di bawah:

Info Siaran:Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam 
Platform Televisyen:Astro Ria, (saluran 104)
Platform Digital:On Demand, Astro GO dan sooka
Pengarah:Eyra Rahman
Produksi:iFame (iFabulous Art Media & Event)
Genre:Melodrama, Khianat, Cinta dan Keluarga
Bilangan Episod:32 episod
Pelakon Utama:Shukri Yahaya sebagai EshaalMira Filzah sebagai  ElinaSharifah Sakinah sebagai Astrid
Sinopsis Drama:Kisah pergelutan seorang isteri bernama Elina (Mira Filzah) dalam mengharungi ketidaksetiaan dan kecurangan suaminya, Eshaal (Shukri Yahaya) di tempat kerja.
Sinopsis Episod 28:Elina terkejut menerima kunjungan Iskandar di pejabatnya. Dia pelik bila Iskandar mengajukan soalan seolah-olah dia sengaja hendak mengaitkan Astrid ke dalam masalah yang dilakukan oleh Eshaal sebelum ini.