EsportsCon @ ESI Hub: Platform Terunggul untuk Peminat dan Industri Esukan

EsportsCon @ ESI Hub kembali dengan edisi kedua pada tahun ini, membawa lebih banyak peluang dan pengalaman menarik untuk peminat esukan dan permainan di Malaysia. Bertempat di ESI Hub, Spacerubix, Puchong, acara ini bakal berlangsung pada 25 Januari 2025 dan dijangka menjadi konvensyen esukan paling inklusif untuk komuniti gaming dan peminat industri ini.

EsportsCon adalah sebuah platform untuk semua pemegang taruh esukan daripada pelbagai latar belakang untuk berkongsi minat, membina rangkaian, dan meneroka peluang kerjasama. Dengan sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI), EsportsCon edisi kedua ini meneruskan legasi yang dimulakan pada tahun 2024, mencipta ruang bagi penggiat esukan untuk berhubung dan berkembang.

Konvensyen ini bakal menampilkan:

  1. Pameran Jenama Esukan: Perkongsian produk terkini oleh jenama terkenal dalam industri permainan.
  2. Sesi Perbincangan: Bersama tokoh-tokoh esukan yang akan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka.
  3. Podcast Secara Langsung: Bersama pencipta kandungan popular yang digemari ramai.
  4. Cabutan Bertuah: Peluang memenangi hadiah menarik untuk semua pengunjung.

Pelawaan kepada Pempamer dan Organisasi

ESI mengalu-alukan penyertaan daripada pelbagai pihak dalam industri esukan dan permainan untuk menyertai EsportsCon @ ESI Hub. Jenama-jenama dalam bidang berikut amat dialu-alukan untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka:

  • Perkakasan dan Aksesori Permainan: PC, konsol, peranti permainan, dan aksesori.
  • Pasukan Esukan dan Pempengaruh: Meningkatkan kesedaran tentang komuniti mereka.
  • Pembangun Permainan: Memperkenalkan judul baharu atau berkongsi kemajuan terkini.
  • Teknologi Penstriman: Memaparkan inovasi alat penciptaan kandungan.
  • Pakaian dan Koleksi Eksklusif: Produk yang berkaitan dengan komuniti esukan.
  • Kesihatan dan Kesejahteraan Pemain: Penyelesaian untuk membantu pemain kekal cergas dan sihat.
  • Makanan dan Minuman: Hidangan dan kudapan untuk melengkapkan pengalaman acara.

Manfaat sebagai Pempamer dan Peniaga

Pempamer dan peniaga akan mendapat peluang eksklusif untuk:

  • Berinteraksi secara langsung dengan komuniti esukan dan gaming.
  • Memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu dalam suasana yang interaktif.
  • Meningkatkan kesedaran jenama melalui penajaan eksklusif dan promosi acara.
  • Membina hubungan strategik dengan pembuat keputusan, pemimpin industri, dan pempengaruh.

Organisasi atau individu yang berminat untuk menyertai sebagai pempamer atau peniaga boleh menghantar permohonan sebelum 17 Januari 2025 (Jumaat) kepada:

EsportsCon @ ESI Hub adalah peluang untuk semua peminat, pemain, dan organisasi dalam dunia esukan untuk berkongsi semangat, mencipta peluang, dan menerokai masa depan bersama. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada konvensyen esukan terulung ini!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Esports Integrated atau hubungi pihak penganjur melalui maklumat yang disediakan.